Saturday, 15 September 2012

JANGAN AMAL `POLITIK BISIK-BISIK'


 


KOTA BELUD : Semua ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengamalkan `politik bisik-bisik' kerana ia hanya akan mencetuskan perpecahan yang akhirnya merugikan parti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah merangkap Pengerusi BN Kota Belud, Datuk Seri Salleh Tun Said, ketika membuat gesaan itu berkata setiap ahli parti komponen sebaliknya perlu mengamalkan prinsip politik yang telus dan terbuka.

"Jangan amal politik bisik-bisik, menikam dari belakang atau seperti gunting dalam lipatan," katanya berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri BN Kota Belud di sini kelmarin.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman menjadi tetamu kehormat majlis itu. Hadir sama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Hj Noor; dan Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun serta Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Adun Tempasuk, Datuk Musbah Jamli dan Adun Usukan, Datuk Japlin Akim.

Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud turut mengingatkan setiap ahli BN supaya sentiasa bersikap konsisten dalam perjuangan kerana ia menentukan kredibiliti kepemimpinan mereka.

Katanya, rakyat kini tahu menilai kredibiliti seseorang pemimpin.

"Jangan hanya apabila kita sudah berada di luar BN barulah semua yang dibuat oleh BN itu tidak baik, sedangkan kita lupa ketika kita bersama BN kita banyak memuji mengenai kebaikan yang dibawa BN," katanya.

Salleh yang juga Speaker DUN Sabah menegaskan tidak dinafikan kini bahawa BN telah banyak membawa kemajuan dan perubahan kepada negeri ini.

Katanya, hasil daripada pemerintahan kerajaan BN keadaan politik semakin stabil dan ekonomi bertambah makmur.

"Ia terhasil daripada kepemimpinan pragmatik Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman yang menggariskan halatuju dan pembangunan negeri ini," katanya, sambil menyatakan pendirian BN Kota Belud menyokong kepemimpinan beliau.

Beliau berkata kehadiran ribuan masyarakat Kota Belud pada majlis itu bukan untuk berdemonstrasi, sebaliknya menunjukkan kesyukuran dan kesepaduan mereka untuk bersama-sama kepemimpinan negeri.

13 comments:

  1. Betul..Semua pihak perlulah mengamalkan sikap politik yang telus dan terbuka.

    ReplyDelete
  2. Jika ada masalah dalaman sebaiknya cuba bawa berbincang dan menyelesaikan sebaiknya bagi menggelak perkara ini akan terus berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. juga elakkan menghebahkan masalah di media2. ini hanya akan menjadi poin pembangkang untuk mengenakan kerajaan.

      Delete
  3. ada juga istilah 'politik bisik2' ni. biasanya sabotaj, melobi saja yang biasa kedengaran. apapun, elakkan budaya politik kotor.

    ReplyDelete
  4. setiap masalah boleh diselesaikan dgn baik.

    ReplyDelete
  5. Beliau berkata kehadiran ribuan masyarakat Kota Belud pada majlis itu bukan untuk berdemonstrasi, sebaliknya menunjukkan kesyukuran dan kesepaduan mereka untuk bersama-sama kepemimpinan negeri.

    Baguslah jika perpaduan dan keharmonian negara diamalkan.

    ReplyDelete
  6. Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud turut mengingatkan setiap ahli BN supaya sentiasa bersikap konsisten dalam perjuangan kerana ia menentukan kredibiliti kepemimpinan mereka.

    Semoga semua wr dalat berkhidmat sepenuh untuk memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  7. BN harus membaiki lagi kelemahan yang ada supaya rakyat akan terus memberi sokongan melalui undian.

    ReplyDelete
  8. Katanya, rakyat kini tahu menilai kredibiliti seseorang pemimpin.

    Rakyat juga semakin bijak, mereka tahu apakah yang mereka perlukan.

    ReplyDelete
  9. Berpolitik dengan cara yang berhemah.

    ReplyDelete
  10. bila dipihak lawan offer pelbagai ganjaran mewah, ramai ahli2 politik yang kununnya berpendirian teguh, tanpa segan silu dan rasa bersalah, melompat keluar untuk mendapatkan ganjaran itu..

    ReplyDelete