JERANTUT : Datuk Seri Najib
Tun Razak mahu para peneroka tidak menjual saham Felda Global Ventures Holdings
(FGVH) yang akan diberikan kepada mereka demi masa depan generasi Felda yang
seterusnya.
Menurut Perdana Menteri,
walaupun mereka boleh mendapat wang tunai yang banyak jika menjual saham-saham
itu namun para peneroka perlu melihat kepentingan jangka panjang.
"Jika simpan untuk
jangka masa yang panjang, ia boleh beranak dan digunakan anak cucu kita malah
tiap-tiap tahun kita akan dapat dividen.
"Kerajaan juga tidak
akan kurangkan sedikit pun apa yang tuan-tuan terima sebelum ini. Bonus
produktiviti pun dapat, duit raya, pinjaman perumahan dan banyak lagi bantuan
akan tetap diteruskan seperti biasa," katanya.
Beliau berkata demikian
ketika berucap pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di sini bru-baru
ini.
Menurut Najib, tanah para peneroka
yang tetap tidak akan diusik dengan penyenaraian FGVH sekali gus menangkis
tohmahan pembangkang.
No comments:
Post a Comment