RAHSIA....Injil
ini menjelaskan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.
SEBUAH kitab lama yang
dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad
(Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada
Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih
mendalam.
Pope Benedict XVI sendiri
telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali
sebagai ‘Gospel of Barnabas’ itu.
Injil yang bertinta emas dan
menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa a.s, bahasa Aramaic dianggarkan
berusia lebih daripada 1,500 tahun.
Injil berkenaan telah
dijumpai sejak 12 tahun yang lalu (2000) di Turki dan kemudian disimpan
daripada tatapan orang awam atas permintaan kuat dari pihak gereja kerana
dibimbangi ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s
sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad (Muhammad s.a.w).
Namun begitu pada tahun
2010, Injil berkenaan telah diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan
kemudiannya diberikan kebenaran untuk dipamerkan setelah melalui beberapa usaha
pemulihan.
Isi kandungan Injil
berkenaan selari dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa a.s adalah
seorang Rasul (pesuruh Allah s.w.t) dan bukan 'Anak' Tuhan sebagaimana yang
dipercayai oleh penganut Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Anglican
dan Orthodox.
Kitab lama ini juga
menyatakan bahawa Nabi Isa a.s tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia.
Bahkan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Kenyataan ini ternyata
amat bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan ajaran Saint Paul atau
Saul of Tarsus.
Ramai cendikiawan dan ahli
teologi Kristian yang telah menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah
hasil kerja pada abad ke-5 atau ke-6 dan bukannya di abad pertama sepertimana
yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, ramai pengkaji Islam
mempercayai bahawa ia adalah Injil yang paling asli yang telah dijumpai setakat
ini.
Harga salinan Injil ini
dianggarkan bernilai sehingga 40 juta Lira Turki ( USD 22 juta).
Tidak sukar untuk kita
memahami bahawa sudah pasti ada pihak tertentu yang sentiasa dipertikaikan
jumpaan yang menggemparkan ini tetapi yang pasti ‘BENAR’ ialah firman Allah swt
yang bermaksud,
“Orang-orang (Yahudi dan
Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad
seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di
antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.”- (Surah al
Baqarah ayat 146)
Sumber : ZAINURRASHID.COM
No comments:
Post a Comment