CANGGIH.....
Bombardier CL415 MP yang mampu beroperasi di udara dan air. APMM akan buka
Stesen Udara untuk menjaga keselamatan pelantar minyak dan gas asli.
By : JEREMY LANSON
KUCHING: Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) akan membuka Stesen Udara di sini sebagai langkah untuk
memperketatkan pengawasan di sepanjang perairan negara.
Pengarah Cawangan Operasi
(Udara) APMM Laksamana Pertama Maritim Datuk Zammani Mod Amin berkata, usaha
tersebut perlu untuk menangani ancaman di laut terutamanya dalam menjaga
keselamatan pelantar minyak dan gas asli di perairan Sarawak.
“Buat masa ini, kita
merancang untuk menempatkan sekurang-kurangnya dua heli-kopter kita, sama ada
Agusta Westland AW139 atau Dolphin yang mana dilihat perlu disebabkan
kebanyakan ancaman di laut memerlukan unit udara, terutamanya untuk keselamatan
pelantar minyak dan gas asli kita.
“Kita difahamkan, setakat
ini sebanyak 140 pelantar minyak dan gas asli milik Petronas dan Shell
beroperasi di sepanjang perairan negeri ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian
kepada pemberita selepas mengikuti penerbangan pertama pesawat Bombardier CL415
MP yang mendarat di Jeti APMM, Muara Tebas di sini semalam.
Zammani berkata, sementara
menunggu permohonan pembukaan Stesen Udara APMM Kuching, pihaknya akan
menempatkan kedua-dua helikopter tersebut di Kompleks APMM di Muara Tebas.
“Kita telah mengemukakan
permohonan untuk membuka Stesen Udara APMM di sini. Selain itu, kita akan bekerja-sama
dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti polis marin dan sebagainya.
“Oleh itu, buat masa ini
kita akan menempatkan pesawat kita di sini (Kompleks APMM Kuching) sementara
menunggu kelulusan daripada pihak kerajaan,” jelasnya.
Zammani turut memberitahu,
pihaknya juga bercadang untuk membuka sekurang-kurang empat buah lagi Stesen
Udara iaitu di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu (Sabah), San-dakan (Sabah), dan
Kerteh (Terengganu).
“Setakat ini, APMM hanya ada
pangkalan udara di Subang sahaja dan disebabkan itu, kita bercadang untuk
membuka lima lagi iaitu di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Sandakan dan Kerteh,
selain di Kuching.
“Stesen Udara ini dilihat
perlu memandangkan kawasan kita luas dan ia perlu sentiasa dijaga dan dipantau sepanjang
masa,” katanya.
Bercakap mengenai pesawat
Bombardier CL415 MP, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APMM Samsuri Mohd Amin
berkata, pesawat tersebut berupaya membantu dalam memadam kebakaran.
“Bombadier ini boleh
melakukan banyak perkara seperti membantu dalam memadam kebakaran dengan
keupayaan melawan kebakaran dengan kelajuan 150 batu nautika sejam (278 km/j),”
jelasnya. (BP)
Bagus dengan mengawal perairan di Negeri SAbah ini sebaiknya. Tambahan lagi ini bagi menghalang kemasukan PATI yang semakin membimbangkan di SAbah ini.
ReplyDeleteDengan memperktatkan kawalan ini juga akan dapat menangani masalah penyeledupan barangan dan minyak keluar.
ReplyDeleteMemang hebat teknologi sekarang ni. sememangnya inilah yang diperlukan untuk membantu mempertingkatkan lagi kawalan perairan negara.
ReplyDeleteThe APMM has shown positive progress to address threats at sea, particularly in the safety of oil and natural gas platforms in waters off Sarawak.
ReplyDeleteperairan negara kita mmg pelru dikawal ketat bagi memastikan ia tak dicerobohi dan keselamatan terjamin.
ReplyDeleteSabah dan Sarawak terlalu luas.. baik tambahkan lagi jentera dan anggota penguatkuasa..
ReplyDeletesemoga selepas ini keselamatan perairan borneo akan lebih terjamin bukan saja dari ancaman lanun, malah penyeludupan dan juga masalah2 imigran..
ReplyDelete