ANGGOTA....
Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat mengenai
kebanjiran pendatang asing di Sabah, Pengerusinya, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong,
Setiausaha, Datuk Saripuddin Kassim, Datuk K.Y Mustafa. (Gambar bawah dari
kiri) Tan Sri Herman Luping, Datuk Henry Chin Poy-Wu, Profesor Datuk Seri Dr
Kamaruzaman Ampon.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menerima kunjungan hormat pengerusi dan
anggota Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah
berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah di pejabatnya di Bangunan Perdana
Putra di sini.
Yang hadir ialah Pengerusi
suruhanjaya, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong
dan Setiausaha RCI iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kasim.
Yang lain adalah bekas Naib
Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon, bekas
Peguam Besar Negeri Sabah Tan Sri Herman Luping, bekas Setiausaha Kerajaan
Negeri Datuk K.Y Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah
Malaysia yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu.
Pada majlis itu, Perdana
Menteri menyerahkan watikah pelantikan kepada mereka yang disaksikan Ketua
Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, sebelum meneruskan pertemuan selama
kira-kira setengah jam bermula 5 petang.
Hadir sama Peguam Negara Tan
Sri Abdul Gani Patail. Suruhanjaya itu diberi tempoh enam bulan bagi menyiapkan
siasatan mengenai kebanjiran pendatang tanpa izin di negeri itu.
Sementara itu, Shim berkata
dalam pertemuan itu mereka memberi taklimat kepada Perdana Menteri mengenai apa
yang dilakukan mereka.
"Saya rasa Perdana
Menteri telah menyuarakan pandangannya dan kami mengambil perhatian
pandangannya," katanya kepada pemberita selepas pertemuanitu.
Shim berkata RCI sudah
memulakan siasatan kes-kes tertentu dan pada masa ini mereka tidak menghadapi
masalah dalam melakukan siasatan.
"Kami mempunyai
sepasukan pegawai yang efisien untuk menyiasat. Sebaik kami selesai siasatan,
kami akan teruskan dengan pendengaran saksi-saksi," katanya.
Menjawab soalan sama ada
mereka boleh mengemukakan laporan dalam tempoh enam bulan, beliau berkata
mereka akan berusaha sebaik mungkin.
"Sudah pasti di bawah
peruntukan (tertentu) kami boleh meminta tempoh lanjutan jika ia tidak dapat
diselesaikan," katanya. (BERNAMA)
Semoga masalah RCI ini akan dapat ditangani di Negeri Sabah ini.
ReplyDeletePertemuan ini bagi memastikan jawatankuasa ini tahu akan apa tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh mereka bagi memastikan RCI ini akan berjalan dengan lancar.
ReplyDeleteDiharap dalam tempoh 6 bulan ni mereka dapat laksanakan siasatan dengan cekap dan padat.
ReplyDeleteTempoh 6 bulan mungkin tidak mencukupi.
ReplyDeletekami menantikan pengumuman sah dari Najib.
ReplyDeletePanel RCI tidak harus dikuasai atau dikawal mana-mana jabatan kerajaan.
ReplyDeletemereka harus laksanakan RCI dgn baik
DeleteSyabas Najib mengambil langkah selanjutnya.
ReplyDeleteSemoga PATI akan dihantar balik agar tidak membawa masalah yang tidak terjangka.
ReplyDeletepati punca segala masalah di Sabah. ia perlu dibanteras.
DeleteRCI on immigrants is necessary for Sabah's own good. The need for the initiative has been consistently raised by Sabah-based BN parties, and often used by the opposition to undermine government efforts at addressing illegal immigrant issues and gaining popular support.
ReplyDeletemoga RCI akan dilaksanakan tak lama lagi.
ReplyDeleterakyat sabah hari ini sangat bergantung dengan suruhanjaya ini bagi menyelesaikan masalah2 kritikan di sabah terutamanya berkaitan dengan PATI dan projek IC,,
ReplyDeletesaya yakin dibawah pentadbiran Najib dan Musa Aman, saya yakin bahawa masalah ini akan dapat diselesaikan..
ReplyDeletepembangkang yang sejak dari dulu mengkritik penubuhan RCI sebenarnya tidak mahu RCI ditubuhkan.. mereka tidak mahu masalah ini diselesaikan selagi mereka belum merampas kerajaan..
ReplyDelete