Monday, 3 September 2012

KOTA BELUD TERUS JADI KUBU KUAT BN



             
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak optimis bahawa Kota Belud, yang merupakan tempat kelahiran Umno di Sabah menerusi pilihan raya kecil pada tahun 1991, akan terus menjadi kubu kuat BN.
   
Sehubungan itu, beliau yakin tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Usukan, Tempasuk dan Kadamaian dalam Parlimen Kota Belud akan kekal dalam genggaman BN pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pilihan raya lepas, semua kerusi di kawasan itu dimenangi calon BN.
   
Najib juga berkata Umno, yang berasal dari Semenanjung, berjaya memecah tembok kesukuan di negeri ini.
   
"Sebenarnya, sejarah Umno Sabah bermula dari Kota Belud selepas parti itu dibawa masuk oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun (Bekas Presiden Usno) yang mana beliau sendiri membubarkan Usno.

"Oleh itu, kita harus bersatu-padu di bawah panji-panji Umno dan BN supaya Sabah boleh menjadi kubu kuat BN," katanya ketika berucap di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersama Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (Usbo) di Kampung Rampayan Laut dekat Kota Belud semalam.
   
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan presiden Usbo, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
   
Najib berkata walaupun rakyat Sabah mempunyai perbezaan dari segi budaya, namun ia tidak seharusnya menjadi halangan kepada mereka untuk bersatu-padu dalam arena politik demi masa depan rakyat yang lebih baik.
   
"Kalau zaman penjajahan dahulu, mereka mendapat menguasai kita selama 400 tahun kerana mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah.
   
"Kita tahu kalau kita berpecah dalam kelompok yang kecil dan membiarkan sentimen kesukuan mengatasi pertimbangan yang lebih bersifat nasional dan rasional, maka kita akan menjadi masyarakat yang lemah," katanya.

Perdana menteri turut mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan janji manis pembangkang kerana 'masa depan rakyat bukan di tangan pembangkang, tetapi di tangan kerajaan BN'.
   
Beliau berkata rakyat seharusnya memberi sokongan padu dan terus bersama BN yang mentabdir negara ini dengan baik, serta mengamalkan keadilan secara keseluruhan.
   
"Hanya kerajaan BN boleh mencorakkan masa depan ke arah yang lebih maju, dan bukan pihak pembangkang yang tidak berupaya di samping penuh dengan banyak pembohongan.
   
"Sebagai contoh, Menteri Besar Selangor sebut manifesto (parti itu) bukan satu perjanjian yang perlu ditunaikan. Kita dalam BN sebut manifesto itu sebagai satu perjanjian untuk kita tepati. Sebab itu, mereka kritik hebat apabila kita pilih tema Hari Merdeka Janji ditepati," katanya.
   
Sementara itu, Musa menasihati rakyat supaya tidak terperangkap dengan pembangkang.
   
"Kita akan teruskan perjuangan sehingga ke peti undi sampai kerajaan diterajui BN. Malaysia sudah ada perdana menteri yang bagus dan banyak program serta dasar dilakukan," katanya.
   
Beliau juga berkata kehadiran ribuan orang di  majlis itu menunjukkan sokongan yang kuat terhadap BN. (Bernama)

24 comments:

  1. Nampaknya ramai penyokong kerajaan di KB ni. pastikan kepentingan dan kebajikan rakyat di sana sentiasa terjaga, kalau tidak kubu ni pasti akan runtuh.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin2 KB pandai-pandailah mengekalkan sokongan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekati dan bantu rakyat agar rakyat terus beri sokongan.

      Delete
    2. Terpulang kepada rakyat untuk membuat undian masing-masing.

      Delete
  3. Teruskan usaha mendekati rakyat baik memastikan terus mendapat sokongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The KB leaders must do their best to fight for the people's rights so that they will give mandate for the BN government.

      Delete
  4. Kota Belud sememangnya adalah tempat pegangan politik yang sangat kuat. Disinilah ramai pemimpin yang berkebolehan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope that the top BN leaders will appoint winnable candidates for Kota Belud.

      Delete
  5. The BN government must do their best to retain the Kota Belud people's support and votes.

    ReplyDelete
  6. Many Kota Belud folks is still in support for the BN government.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak dikatakan, rakyat juga berhak melompat parti.

      Delete
    2. Rakyat juga sedar apa yang penting untuk mereka, kami menantikan sama ada sokongan BN masih kuat.

      Delete
  7. All the best to all parties who will be contesting in the next general elections, may the best party win the majority support.

    ReplyDelete
  8. Teruskan jadikan KB kubu kuat Umno BN

    ReplyDelete
  9. tidak mustahil KB boleh terus kekal sebagai kubu kuat BN.. pembangkang2 di Sabah bukannya kuat sangat.. suara saja yang kuat, tapi tindakan tidak ada langsung..

    ReplyDelete
  10. Let see whether the people in KB will still loyal to UMNO?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terjangka ada juga rakyat akan menyokong pembangkang.

      Delete
  11. Saabh masih deposit BN, apa lagi KB kubu kuat BN.

    ReplyDelete
  12. Peletakan calon di KB juga penting untuk terus kekal berkuasa.

    ReplyDelete
  13. Pasti satu saingan yang hebat di KB.

    ReplyDelete
  14. KB mmg antara kubu kuat BN, dan BN perlu berusaha untuk memastikan KB tetap menjadi kubu kuat mereka.

    ReplyDelete
  15. Persaingan di KB semakin giat.

    ReplyDelete
  16. Untuk mengekalkan KB sebagai kubu kuat BN, usaha dengan lebih banyak untuk membawa perkembangan yang berlanjutan.

    ReplyDelete