BERDEMONSTRASI sahaja tidak
akan menghalang penerbitan filem anti-Islam seperti Innocence of Muslim pada
masa akan datang, sebaliknya pengkarya Islam mesti "melawan seni dengan
seni", kata kartunis terkenal Zunar.
Beliau atau nama sebenarnya
Zulkifli Anwar Ulhaque berkata, karya-karya seni lain yang mempersenda Nabi
Muhammad akan terus dihasilkan oleh orang Barat yang tidak peka dan tidak
tertakluk kepada peraturan Islam.
"Bagi orang Islam,
berdemo dan protes tidak akan menghalang penerbitan karya-karya seperti ini
malah akan terus menggalakkan penerbitannya," katanya.
"Saya menyeru penerbit/pengarah
filem/kartunis dan karyawan Islam lain untuk berlawan 'seni dengan seni' dengan
banyak menghasilkan karya-karya tentang Nabi Muhammad dari persepktif Islam
sekali gus menangkis kekeliruan yang ditimbulkan oleh karyawan Barat."
Dalam kenyataannya dari
Seoul, Korea, Zunar berkata, beliau kesal apabila pemerintah Islam tidak
mengambil inisiatif menyediakan dana bagi karyawan Islam menghasilkan karya
seni mengenai Nabi Muhammad.
Katanya, karya seni tentang
ajaran, pemerintahan, kehidupan peribadi, falsafah Nabi Muhammad jarang
dihasilkan oleh karyawan-karyawan Islam.
"Filem terakhir, dalam
pengetahuan saya ialah ialah The Message arahan Moustapha Akkad, terbitan 1976.
"Pemerintah Islam
sebaliknya banyak melakukan rasuah, penyelewengan bagi memperkayakan diri dan
kroni," katanya.
No comments:
Post a Comment