RAUB Australian Gold Mining
(RAGM) Sdn Bhd telah memulakan tindakan undang-undang terhadap dua portal
berita kerana didakwa memfitnahnya - hanya dua hari selepas berlangsungnya
Himpunan Hijau di Raub.
Dalam siaran akhbar hari
ini, syarikat itu mendakwa artikel yang disiarkan oleh Malaysiakini dan Free
Malaysia Today telah merosakkan reputasinya.
Syarikat itu berkata dakwaan
bahawa sodium cyanide yang digunakan untuk pengekstrakan emas berbahaya kepada
penduduk Bukit Koman, adalah tidak berasas.
Katanya, dakwaan yang tidak
berasas itu telah mengelirukan orang ramai di dalam dan di luar Bukit Koman dan
telah mencemarkan nama dan reputasi RAGM.
RAGM menegaskan bahawa
pihaknya mematuhi semua undang-undang yang berkaitan, serta mengulangi
komitmennya untuk memastikan semua langkah perlu diambil untuk menjamin
keselamatan pekerjanya, masyarakat setempat dan persekitaran operasinya.
RAGM berhujah bahawa lojinya
telah beroperasi menggunakan sodium cynide selama tiga tahun dan tidak ada
laporan yang dikemukakan oleh mana-mana pakar perubatan untuk membuktikan
bahawa penyakit mereka adalah semata-mata disebabkan oleh bahan kimia tersebut.
Sementara itu Ketua
Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan berkata portal berita itu akan
berdepan dengan saman tersebut, serta menyifatkan kes itu sebagai satu
pendakwaan terpilih kerana organisasi media lain juga melaporkan isu yang sama
secara meluas.
"Malaysiakini
melaporkan aduan penduduk Bukit Koman dengan niat yang baik, dan ia adalah
kewajiban kami sebagai wartawan untuk melaporkan semua perkara demi kepentingan
awam."
RAGM telah dinamakan MKini
Dotcom Sdn Bhd dan tiga wartawannya sebagai defendan manakala MToday News Sdn
Bhd serta seorang wartawannya dinamakan sebagai defendan dalam saman yang
berasingan.
No comments:
Post a Comment