Oleh : MD IZWAN
KUALA LUMPUR : Tun Dr
Mahathir Mohamad melabel orang Melayu yang 'tidak bersyukur' dan 'kurang
berilmu' akan mengakibatkan mereka kehilangan kuasa memerintah jika Pakatan
Rakyat (PR) memerintah kelak.
Mantan Perdana Menteri (PM)
tersebut juga meluahkan rasa kesal melihat bangsanya bergaduh sesama sendiri
hanya kerana merebut kuasa.
“Saya rasa sedih melihat
bangsa sendiri tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali
mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan
bangsa sendiri,” kata Dr Mahathir dalam Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno.
Dalam artikelnya lagi, Dr
Mahathir memberi peringatan kepada orang Melayu agar tidak lupa diri hingga
mereka dihina lagi seperti zaman British dahulu.
“Orang Melayu sudah lupa
akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu.
“Mereka tidak pun mengakui
akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka
menerajui kerajaan-kerajaan Malaysia merdeka,” katanya.
Kemerdekaan negara dikecapi
menurut Mahathir adalah hasil kekuatan orang Melayu yang menyokong Umno dan
rakannya dalam Perikatan.
Dr Mahathir juga berkata
perpecahan dikalangan orang Melayu ketika ini sangat membimbangkan.
“Sekarang orang Melayu
berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat
sokongan orang lain.
Beliau juga tidak menolak
suatu hari nanti orang Melayu terpaksa mengikut telunjuk orang lain jika
keadaan ini berterusan.
“Jika mana-mana daripada
parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan kerajaan, tak dapat
tidak kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain.
“Melayu tidak lagi akan
menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan
orang lain,” tambah Dr Mahathir lagi.
Dr Mahathir mendakwa negara
tidak akan mencapai kemerdekaan pada 1957 jika parti serpihan daripada ulama
dalam Umno menang pilihanraya pertama semasa zaman Tunku Abdul Rahman.
“Kumpulan pertama yang
menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam Umno yang kecewa kerana
permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman
ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
“Jika Parti Islam mendapat
lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957,” kata
Mahathir lagi.
Dr Mahathir berharap nasihat
yang diberikannya menjadi panduan dan iktibar kepada orang Melayu agar perkara
sama tidak berulang semasa zaman penjajahan.
“Bangsa saya jelas tidak
dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu
bersyukur.
“Bangsa saya tidak tahu
mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini
tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment