TIBA.....Azizah
bersalaman dengan penduduk sebaik tiba pada program Jelajah Salam Sayang
Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort di Kg Lajau Lubak Kiagung Beaufort,
malam kelmarin.
Oleh : ABU BAKAR ESAH
BEAUFORT: Pemimpin dan
kerajaan pusat tidak pernah menganggap rakyat negeri ini sebagai kelas kedua. Menteri
Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun
berkata, kerajaan dan barisan kepimpinan negara memberi pengiktirafan yang
wajar kepada rakyat negeri ini sejak beberapa lama.
"Kenyataan pihak-pihak
tertentu yang mengatakan kita kelas kedua adalah tidak benar. Rakyat negeri ini
dari masa ke semasa teleh diberi pengiktirafan oleh kerajaan, pemimpin dan
rakyat negara ini secara keseluruhannya. Ramai rakyat negeri ini yang diberi
kepercayaan untuk sama-sama menjadi pemimpin diperingkat pusat, pegawai-pagawai
kerajaan dan dalam pelbagai bidang,” katanya sambil mengingatkan penduduk di
sini agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab
khususnya dari parti pembangkang.
Beliau berkata demikian pada
program Jelajah Salam Sayang Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort di Kg
Lajau Lubak Kiagung di rumah kediaman Mohd Siuh Musta, malam kelmarin.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan Kampung (JKKK), Matlani Ukal serta penduduk setempat.
Pada majlis itu Skuad Sayang
Wanita Umno Beaufort mengagihkan sumbangan berupa barangan makanan kepada 50
penduduk.
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias meminta rakyat terus memberi sokongan yang padu
kepada kerajaan dan kempimpinan Barisan Nasional agar rakyat terus terbela.
"Kita perlu menyedari
bahawa selama kerajaan BN mentadbir negeri ini rakyat hidup dalam keadaan yang
sejahtera. Justeru tidak ada sebab rakyat tidak akan menyokong kerajaan yang
telah lama berbakti,” katanya.
Beliau juga berharap agar
penduduk di sini terus berusaha mempertingkatkan diri dalam semua bidang
seperti ekonomi dan pertanian.
"Kita perlu terus
berusaha untuk menguasai bidang pertanian agar tanah-tanah kita tidak terbiar
begitu sahaja. Saya juga ingin melihat orang kita di sini maju dalam
perniagaan. Kita mesti yakin bahawa kita boleh mencapai kejayaan dalam semua
bidang,” katanya.
rakyat sabah bukan kelas kedua...
ReplyDeletetiada istilah kelas pertama ka kedua. rakyat Sabah, Sarawak dan SM mempunyai taraf yang sama dan wajar dilayan dengan sama rata dan adil.
DeleteWe should give the right as a Malaysian.
Deletekerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
ReplyDeletesemua rakyat sama saja dan prlu dilayan adil.
DeleteRakyat pasti akan sokong bN selagi BN jaga kebajikan rakyat.
ReplyDeleteApapun sukar meramal apa yang akan berlaku di masa depan. So lets wait and see ya:)
ReplyDeleteKalau kita lihat sendiri sekarang ini sememangnya Datuk Azizah ini pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat. Semua tempat di Beaufort beliau kunjungi.
ReplyDeleteKalau kita lihat sekarang yang mana pemberian pemimpin diperingkat pusat, pegawai-pagawai kerajaan dan dalam pelbagai bidang telah pun diberikan kepada rakyat Sabah kerana kepercayaan kerajaan Persekutuan kepada rakyat SAbah.
ReplyDeleteya, kini semakin ramai rakyat Sabah yang memegang jawatan di peringkat tertinggi.
DeleteExperimenting with untested opposition leaders to rule a multi-racial country like Malaysia is akin to political suicide.
ReplyDeleteThe coalition of PAS, DAP and PKR might look good on the surface but in reality, they disagreed with each other on political philosophy.
ReplyDeleteIdeologi ketiga2 komponen parti dalam PR ni memang berbeza malah PR ni sebenarnya masih belum diluluskan sebagai sebuah parti seperti BN. tidak hairanlah kalau parti2 pembangkang ni bertelingkah antara satu sama lain.
DeleteTheir fundamental difference in terms of their political ideology makes it impossible for them to govern a multi-racial country like Malaysia.
ReplyDeleteAs such, Malaysians should not try to gamble their future and experiment with the opposition, not even for one term as it will be suicidal.
ReplyDeleteTun Dr Mahathir Mohamad cautioned the people against giving the opposition a five-year trial mandate to rule the country, saying it was a dangerous move because many things could be destroyed.
ReplyDeleteMahathir said the many changes promised by the opposition, such as no fees for education and no highway tolls,would fail like the idea of a welfare state by socialists and communists in the past.
ReplyDeleteBut when the government foregoes taxes, tolls and fees, it will have less money. But it will have to spend more on running and maintaining utilities, expressways, schools, operational and development cost, pension and so on.
ReplyDeleteIf the opposition took over power from the current government, a fundamental difference between DAP and PAS would surface which would trigger political uncertainties in the country.
ReplyDeletePAS will champion the Islamic hudud law, which will not be fair to the over 40 per cent of the population of this country.
ReplyDeleteProposal ini harus dikaji sebab ini akan membawa kesan ygn negatif juga.
DeleteThe DAP on the other hand will not agree with PAS as it will try to fight for a social and meritocratic society which will erode Article 153 of the Federal Constitution on the special privileges of the Bumiputeras and the Malays.
ReplyDeleteAs such, the current government is still relevant though some might try to opt for the opposition in the coming general election.
ReplyDeleteWhile governments in matured democracies such as in the United Kingdom and the United States changed often in the two-party system, the sitting president or the prime minister of these countries will not change the basic constitutions.
ReplyDeleteIf Malaysians were to allow the opposition to take over the present government, it would turn the country into a social welfare entity that would bankrupt the government in no time.
ReplyDeleteWe don’t have to look far but at a certain European country to know that a populist government which plays to the public gallery will end up bankrupting the nation.
ReplyDeleteBN will continue working hard to bring development in Malaysia for the benefit of all the people.
ReplyDeleteya, semoga negara kita akan jadi makin maju.
DeleteSabah mmg bukan kelas kedua, jadi Sabah kena mendapt layanan sama rata.
ReplyDeletekami harus diberi apa yang sama dengan rakyat di semenanjung.
Deletekita semua sama, tiada rakyat kelas pertama atau kedua.
ReplyDeleteHak & kepentingan harus diberi sebab kami juga digelar warga negara.
ReplyDeleteRakyat harus bijak menilai, jangan pula tergadai masa depan generasi akan datang.
ReplyDeletekeamanan yang dinikmati oleh rakyat di negeri ini adalah bukti bahawa Sabah bukan kelas kedua..
ReplyDeletebajet 2013 yang diumumkan oleh Najib juga membuktikan bahawa sabah bukan kelas kedua..
ReplyDelete