MEMORANDUM.....Tiada
pegawai kedutaan AS yang turun untuk berjumpa wakil mereka dan menerima
memorandum tersebut.
Oleh : JAMILAH KAMARUDIN &
AMIRUL AZAM ZULKAFLI
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda
PAS mengemukakn empat tuntutan terhadap kerajaan Amerika Syarikat (AS),
antaranya desakan maaf kerana menghina umat Islam.
Memorandum yang
ditandatangani Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hasan turut mendesak supaya
pengarah ‘Innocence of Muslim’ itu dikenakan tindakan yang maksimum kerana
mengeluarkan filem menghina Nabi Muhammad.
“Kita mahu AS pulihkan
semula hubungan Islam dengan dunia Barat. Hentikan sebarang artikel termasuk
karikatur yang menghina Nabi,” katanya ketika ditemui pemberita.
Beliau berkata pihaknya
kecewa kerana tiada pegawai kedutaan AS yang turun untuk berjumpa wakil mereka
dan menerima memorandum tersebut.
Sebaliknya hanya pengawal
keselamatan kedutaan ditugaskan menerimanya pada pukul 3 petang tadi.
Bakar bendera
“Namun kita tetap berharap
memorandum ini akan sampai kepada pihak yang berwajib. Harap ini kali terakhir
umat Islam dihina dan jangan persendakannya kerana ini satu provokasi yg
menyebabkan kacau bilau,” katanya.
Berlaku sedikit tunjuk
perasaan apabila demonstran turut bertindak memijak dan membakar bendera Israel
dan AS.
Demontrasi aman itu akhirnya
selesai selepas orang ramai mula bersurai kira-kira 3.30 petang tadi.
Sementara itu, Ketua Polis
Daerah Cheras ACP Mohan Sigh Tara Singh ketika ditemui pemberita berkata secara
keseluruhannya pihaknya berpuas hati kerana tiada sebarang kejadian tidak
diingini berlaku.
“Tiada apa yang berlaku.
Mereka telah mengikuti segala arahan dan syarat yang diberikan. Keadaan dapat
dikawal selia dengan baik dan lalulintas dapat dibuka semula seperti biasa,”
katanya. (FMT)
No comments:
Post a Comment