JUARA.....Shila
Amzah ketika diumumkan sebagai juara Asian Wave 2012 yang berlangsung di
Shanghai, China, malam Khamis lalu.
Oleh : WAHIDUZZAMAN
PETALING JAYA: Pelakon
Sharnaaz Ahmad memuji penyanyi Shila Amzah dan menganggap dia layak diangkat
sebagai juara pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China
pada malam Khamis lalu.
Sharnaaz, 27, berkata,
kejayaan tersebut adalah ganjaran Tuhan atas kerja keras Shila selepas 12 tahun
bergelar artis serta kesungguhannya membuat persiapan termasuk mempelajari
bahasa Mandarin sebelum menyertai pertandingan itu.
"Dia (Shila) memang
berhak diangkat sebagai juara pertandingan itu. Saya berbangga kerana usaha dan
kerja kerasnya selama ini terbayar dengan kemenangan itu.
"Mungkin ini adalah
ganjaran daripada Tuhan untuk dia yang sering dikutuk dan dipertikaikan itu dan
ini oleh segelintir pihak di laman Twitter sebelum ini," katanya ketika
dihubungi mStar Online di sini, petang Jumaat.
Sharnaaz berkata, dia yang
menerima berita itu daripada panggilan telefon ibu Shila, Fauziah Sarman pada
malam Khamis, berharap kejayaan itu akan menjadi motivasi untuk kekasihnya
lebih fokus pada bidang nyanyian selepas ini.
KEKASIHNYA.......Sharnaaz
riang ceria di samping kekasihnya, Shila.
“Saya sudah tidak sabar
untuk menanti dia pulang ke Malaysia pada 26 September ini. Apa yang saya
harapkan kejayaan ini akan membuatkan Shila lebih fokus dan berjaya dalam
nyanyian.
“Keberanian dia menyanyi di
depan penonton asing dan kesungguhannya sejak dulu lagi begitu membanggakan
saya secara peribadi,” katanya.
Mengenai persembahan Shila
dalam pertandingan itu yang dimuat naikkan di laman YouTube, Sharnaaz berkata,
dia menggemari nyanyian gadis berusia 22 tahun itu ketika menyampaikan lagu Grenade
nyanyian asal Bruno Mars.
"Saya kagum dengan
persembahan Shila mendendangkan lagu Bruno Mars bertajuk Grenade.
Kesungguhannya di atas pentas ketika menyampaikan lagu itu layak dipuji,"
katanya.
Pada peringkat akhir Asian
Wave 2012 itu, Shila berentap dengan 12 penyanyi termasuklah finalis dari
China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.
Shila yang juga anak kepada
penyanyi dan pelakon 80-an, ND Lala berjaya memukau juri dan penonton dengan
kekuatan vokalnya mendendangkan lagu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor,
Grenade dan sebuah lagu Mandarin berjudul Zheng Fu (Na Ying).
Pada peringkat awal
pertandingan yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 6 September lalu, Shila
mempersembahkan lagu popular Adele, Set Fire to the Rain dan lagu Mandarin
Forever Love (Wang Lee Hom) di samping 30 peserta lain.
No comments:
Post a Comment