Monday, 24 September 2012

PERDANA MENTERI DISAYANGI RAKYAT SABAH





KOTA KINABALU : Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap Sabah dan kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin diterima dan disayangi rakyat menerusi penyelesaian pelbagai isu berbangkit.

Katanya, ini merujuk kepada penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin, melantik rakyat tempatan menerajui jabatan Persekutuan di negeri ini selain penghormatan kerajaan Persekutuan menjadikan 16 September sebagai tarikh sambutan Hari Malaysia.

"Kesemua ini membuktikan kerajaan BN yang diterajui Perdana Menteri sentiasa mendengar, prihatin dan berusaha memenuhi setiap permintaan yang dikemukakan oleh rakyat.

"Perdana Menteri sentiasa menggalakkan orang Sabah menerajui jabatan Persekutuan di negeri ini. Ini membuktikan Perdana Menteri seorang yang amat terbuka," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PBS Bahagian Inanam yang dihadiri seramai kira-kira 1,000 anggota parti itu bagi Bahagian Inanam di Dewan Masyarakat Menggatal, Inanam, dekat sini, Ahad.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri meminta anggota parti itu terus memberi sokongan padu kepada PBS dan BN. (Bernama)

17 comments:

  1. sejak najib mengambil tampuk pemerintahan negara, sabah mula dipandang berat..peruntukkan yang besar diberikan pada setiap tahun..

    ReplyDelete
  2. keprihatinan najib memang dihargai oleh rakyat sabah..diharap keprihatinan najib ini diterjemahkan dalam bajet 2013..

    ReplyDelete
  3. Sabahan memang sayang PM sebab Najib banyak beri perhatian pada Sabah.

    ReplyDelete
  4. Bajet 2013 tak lama lagi akan dibentang, harap Najib akan beri perhatian sepenuhnya terhadap Sabah.

    ReplyDelete
  5. Tidak dinafikan lagi akan perkara ini. Tambahan lagi PM kita sekarang ini kerap datang melawat penduduk Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kekerapan Najib datang ke Sabah juga jadi bahan politik pro-pembangkang, inikan pula kalau langsung tidak datang. apapun, saya pasti rakyat Sabah lebih berpandangan positif tentang hal ini.

      Delete
  6. Teruskan menyokong pemimpin berjiwa rakyat seperti Datuk Najib ini. Jangan biarkan ada pihak yang cuba merosakkan fikiran rakyat untuk menjatuhkan kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Usaha yang dibuat oleh PM kita untuk menyatukan rakyat Malaysia ini satu usaha yang benar-benar kita patutu sokong. Ini memastikan kerjasama dan perpaduan kaum ini akan memberikan impact yang positif kepada Negara kita.

    ReplyDelete
  8. Bila Najib datang ke Sabah, mesti ada saja khabar baik yang beliau bawa sebab itulah Najib dihormati rakyat Sabah. harap2 beliau akan memenuhi harapan pemimpin2 kita seperti Pairin dan Masidi yang menginginkan peruntukan lebih diberikan kepada Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, harap bajet yang dibentangkan akan memberikan peruntukan yang besar kepada Sabah.

      Delete
  9. People were hoping that the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak would help to reduce their burden to raise their families and bring up their growing children for this 2013 Budget.

    ReplyDelete
  10. kepimpinan Najib lebih bersikap terbuka dan dia lebih rapat dgn rakyat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, PM nampak lebih terbuka dan mendekati rakyat.

      Delete
  11. teruskan beri sokongan kepada PM.

    ReplyDelete
  12. PM sudah beberapa kali melawat Sabah menunjukkan beliau prihatin terhadap Sabah.

    ReplyDelete
  13. hanya ketika era Najib barulah banyak perubahan keatas sabah.. walaupun najib baru 4 tahun memerintah negara ini..

    ReplyDelete
  14. jika Najib terus diberikan mandat, saya yakin sabah akan terus diberikan keutamaan oleh kerajaan persekutuan dalam segala aspek pembangunan..

    ReplyDelete