KOTA KINABALU : Bekas
Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansur berkata keberkesanan Suruhanjaya
Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan baru baru ini oleh kerajaan BN untuk
menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah sangat
meragukan.
Katanya, RCI itu tidak akan
memberi sebarang kesan kerana penubuhannya dilakukan bermotifkan politik
sekadar menyenangkan hati rakyat Sabah.
“RCI ini jika diamati dengan
teliti tidak ubah seperti satu tipu helah Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mereka sangka rakyat Sabah pasti gembira apabila penubuhan suruhanjaya itu
diumumkan.
“Parti Maju Sabah (SAPP)
apabila berjaya membentuk Kerajaan Sabah yang mempunyai kuasa autonomi selepas
memenangi pilihanraya umum kali ke-13 nanti akan menubuhkan satu suruhanjaya di
bawah kuasa kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah kehadiran pendatang
asing tanpa izin di Sabah,” katanya yang kini merupakan salah seorang Penasihat
SAPP.
Beliau berucap pada ceramah
bertajuk 'Masa Depan Sabah' di perkarangan pejabat SAPP di Luyang di sini,
malam kelmarin.
Hadir sama Presiden SAPP
Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Timbalan Presiden merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan, Timbalan Presiden Tuan Haji
Amde Sidik dan ADUN Luyang merangkap Ketua Wanita Melanie Chia.
Turut hadir Setiausaha Agung
Datuk Richard Yong, Bendahari Agung Dullie Marie, Naib Presiden merangkap Ahli
Parlimen Tawau Datuk Dr. Chua Soon Bui, Naib Presiden Don Chin, Naib Presiden
Jaafar Ismail dan Ketua Penerangan Chong Pit Fah.
Mohd Noor berkata,
pembentukan RCI itu hanya umumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun
Razak setelah beberapa bulan dihebohkan di media massa.
Katanya, Perdana Menteri
mengambila masa berbulan-bulan untuk mengumumkan terma rujukan (Terms of
Reference) dan ahli panel RCI itu.
Beliau berkata, surat
lantikan ahli panel itu hanya diserahkan beberapa hari lalu setelah terma
rujukan diumumkan pada 11 Ogos lepas.
Beliau menambah, para ahli
panel diberi masa selama enam bulan untuk menyelesaikan tugas masing-masing dan
mereka dijangka tidak akan dapat menyelesaikan siasatan walaupun tempoh
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak tamat pada awal tahun depan.
Mohd Noor berkata, RCI akan
hanya menjadi perbualan sahaja dan hasil siasatan tidak akan diumumkan kepada
awam kerana tidak sempat disiapkan sebelum pilihanraya umum.
Katanya, terma rujukan RCI
itu juga tidak lengkap kerana tidak memberitahu samada pesalah akan dikenakan
tindakan undang-undang dan dihukum jika didapati bersalah atau sebaliknya.
Terma rujukan itu mengandungi
lapan perkara dan adalah seperti berikut, untuk menyiasat:
* Jumlah pendatang asing di
Sabah yang diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan.
* Sama ada pemberian dokumen
berkenaan adakah sah mengikut peruntukan undang-undang atau sebaliknya.
* Adakah pihak berkuasa
berkaitan membuat sebarang penambahbaikan kepada prosedur amalan standard
(SOP), kaedah-kaedah dan peraturan bagi mengelak apa-apa yang tidak teratur
dari segi undang-undang.
* Adakah SOP dan perkara
berkaitan berhubung pemberian dokumen-dokumen terbabit mengambil kira standard
antarabangsa.
* Sebab peningkatan populasi
di Sabah mengikut kategori berikut:
* Warga Sabah menetap di
Sabah termasuk mereka yang diberikan kad pengenalan biru dan kewarganegaraan
melalui sijil kelahiran (pendaftaran lewat).
* pekerja asing (termasuk
ahli keluarga)
* pendatang asing tanpa izin
(termasuk ahli keluarga)
* pelarian
* meneliti kesannya terhadap
bilangan yang mendaftar dalam daftar pemilih.
* Implikasi sosial ke atas
masyarakat di Sabah yang berbangkit daripada pemberian dokumen-dokumen
berkenaan.
* Bilangan pendatang asing
di Sabah yang diberikan dokumen-dokumen berkenaan dengan mengambil kira status
mereka sebagai orang tidak bernegara.
macamana SAPP tahu RCI tidak mungkin berkesan? kalau tidak berkesan, kenapa pula SAPP mahu tubuhkan suruhanjaya yang serupa jika SAPP menang?
ReplyDeleteI was about to ask the same question. How he is so sure that this is not working out?
DeleteSAPP hanya fikir idea mereka saja yang berkesan. padahal usaha ni untuk kepentingan seluruh Sabah juga. saya rasa SAPP gunakan RCI ni hanya untuk kepentingan politik mereka saja.
Deletememang SAPP pakar pusing dan putar belit...
ReplyDeleteBerkesan atau tak tu, kita hanya tahu bila dah dilaksanakan.
ReplyDeletePedulilah SAPP ni, ada saja yang mereka nak komplen. Macamlah hebat sangat!
ReplyDeleteMacammana pula SAPP tahu RCI ini tidak akan berkesan? Selagi belum terlaksana maka tidak perlulah membuat andaian untuk kepentingan peribadi semata-mata.
ReplyDeleteYTL has done nothing to chase all the illegals away from Sabah. Why this man seemed to have so many things to complain about?
Deleteinilah pembangkang, suka berdolak dalik, misi mereka hnya nak burukkan kerajaan.
Deletesapp memang begini, asyik mengkritik saja.
DeleteKalau tahu RCI ini tidak berkesan kenapa SAPP memperjuangkan penubuhan RCI sebelum ini. Apa sudah jadi dengan SAPP ini? Sekejap sokong lepas itu tidak pula. Memang tidak ada pendirian langsung.
ReplyDeleteSAPP is easily swayed by the outsiders.
ReplyDeleteI never trust their sense of fighting for Sabahans' rights. Seemed to personal agenda.
ReplyDeleteNever mine, RCI is still been set up for the purpose.
ReplyDeletesesuatu perkara tu lagilah tidak berkesan kalau langsung tidak dilaksanakan.
ReplyDeletePeople who were been so negative about this RCI are those people who only know to condemn, not resolving it.
ReplyDeletekita patut sokong RCI.
ReplyDeletekita patut beri kerjasama dalam memastikan RCI berjalan lancar dan berkesan.
ReplyDeleteRCI ini diperlukan untuk selesaikan masalah pati di Sabah.
ReplyDeletebila RCI ditubuhkan adalah pula yang kata macam-macam lagi.
ReplyDeletejika pembangkang yang bagi pandangan, sudah tentulah mereka akan cakap RCI tidak berkesan.. bagi mereka, RCI versi pakatan sahaja yang berkesan walaupun wan azizah sebelum ini pernah mengumumkan akan memberikan status pr kepada PATI di sabah..
ReplyDeletejika RCI ini tidak berkesan, kenapa pemimpin2 pembangkang mendesak supaya kerajaan menubuhkan RCI?? bila ditubuhkan dikatanya pula tidak berkesan..
ReplyDeletenampak sangat wajah sebenar pembangkang yang bersifat hipokrit.. bukan sahaja yang buruk dia bangkang.. malah yang baik pun dia bangkang.. tuntutan mereka sendiri pun dia bangkang bila kerajaan laksanakan..
ReplyDeleteRCI yang memerlukan dana awam yang besar perlu dirancang dengan teliti.. sebab itu kerajaan perlu mengambil masa yang lama sebelum siasatan boleh dijalankan..
ReplyDelete