Oleh : SHAIMON S JUMADI
PENGERUSI Tetap Persidangan
UMNO Bahagian Sandakan, Sahari Ahmad
(gambar) mempertikaikan mengenai
Persidangan UMNO Bahagian Sandakan yang telah diadakan pada 9 September 2012
lalu kerana tidak menurut Peraturan Mesyuarat dan Perlembagaan UMNO.
Katanya, 80 peratus
perwakilan yang hadir pada persidangan tersebut merasa amat kecewa kerana
Ketua-Ketua Cawangan dan para perwakilan tidak diberi notis mengikut Peraturan
Mesyuarat yang digunapakai selama ini.
Jawatankuasa Mesyuarat telah
gagal atau sengaja memberi notis lewat kepada Pengerusi Tetap Persidangan bagi
memaklumkan mengenai persidangan UMNO tersebut.
Sahari Ahmad yang
menghubungi Sabahkini.Net melalui panggilan telefon semalam dari Kuala Lumpur
menjelaskan bahawa beliau banyak menerima maklumat daripada Ketua-Ketua
Cawangan dan para perwakilan yang mendakwa semasa hari persidangan tersebut; pihak
penganjur tidak memasang bendera UMNO atau bendera Barisan Nasional (BN); sama
ada di dalam dewan tempat majlis persidangan
mahupun di kawasan luar Dewan Masyarakat Sandakan.
Bukan itu sahaja, kata
Sahari lagi, barang-barang keperluan seperti
alat tulis dan 'pocket files' yang
berharga 50 sen sahaja dibekalkan bagi menyimpan naskah Laporan Mesyuarat
Perwakilan 2012 yang diedarkan, jelas memperlihatkan betapa 'daifnya'
pentadbiran Urusetia Pejabat UMNO Bahagian Sandakan.
Kata Sahari lagi, di dalam
laporan tersebut yang telah disediakan senarai calon perwakilan 7 orang ke
Perhimpunan Agung UMNO Pusat sedangkan terdapat permintaan agar ia
dipertandingkan.
Selain itu juga terdapat
bantahan daripada ahli yang ingin
bertanding kerana pada masa pendaftaran pencalonan dijalankan Setiausaha
Bahagian yang dipertanggung jawabkan
kerap tiada di pejabat dan ekoran daripada kurangnya perhatian dalam
melaksanakan tugas-tugas rasmi yang diamanahkan.
Maka kata Sahari, keadaan ini
telah menimbulkan pelbagai masalah; serta menyulitkan ahli-ahli UMNO yang ingin
mendaftar kerana hanya Setiausaha Bahagian sahaja yang dibolehkan menerima
pendaftaran.
“Satu perkara lagi, saya
dapat maklumat daripada rakan-rakan UMNO
di Sandakan, perkara ini kata mereka bukan sahaja amat menyedihkan, tetapi amat
memalukan atau memang perbuatan disengajakan.
“Upacara menyerahkan
cenderakenangan kepada Wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah terpaksa
ditangguhkan kerana ketiadaan
cenderahati tersebut dan kemudian digantikan dengan buah tangan benbentuk
buah-buahan yang baru dibeli di Pasar yang dalam keadaan kelam kabut,”
jelasnya.
Selain itu kata Sahari,
maklumat yang seterusnya diterima daripada ahli-ahli UMNO Sandakan pada mulanya
persidangan yang dijalankan dalam keadaan senyap sunyi; tiba-tiba bertukar
menjadi riuh rendah dan panas
kerana salah seorang perwakilan iaitu Zamir Hj Osman yang membahas usul
mengenai ekonomi di majlis persidangan tersebut telah diganggu.
“Dalam usul yang
dibentangkan Zamir, menyatakan bantahan kerana terdapat projek yang dipohon
oleh Ketua-Ketua Cawangan melalui peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah
dialibabakan kepada kontraktor Cina. Sudah tiadakah kontraktor bumiputera dalam
UMNO Sandakan yang mampu mengendalikan kerja-kerja berkenaan. Apa motif dan
agenda sebenarnya Ketua Bahagian UMNO Sandakan?
“Kami selaku ahli UMNO
Sandakan tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan melaporkan perkara ini kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). saya harap sebaik sahaja
tersiarnya berita ini di Sabahkini.Net, saya harap SPRM menjalankan siasatan
kerana laporan rasmi telah dibuat. Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memberikan senarai nama
orang yang menjadi dalang penyelewengan
ke atas projek-projek tersebut," ujar Sahari lagi.
No comments:
Post a Comment