Oleh : CLARA CHOOI
KUALA LUMPUR : PKR hari ini
memanggil pengerusi suruhanjaya pilihan raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd
Yusof 'penipu besar' kerana telah membawa fakta yang salah dalam pendaftaran
undi di Selangor.
Setiausaha agung PKR, Datuk
Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau berdiri teguh dengan laporan audit
partinya yang terkini, mengatakan ia bukan hanya untuk menafikan laporan SPR.
“Dia (Abdul Aziz) boleh
cakap apa sahaja alasan yang dia suka, tetapi saya tetap mengatakan laporan
kita adalah tepat,” kata ahli parlimen Machang itu kepada The Malaysian
Insider.
Pada sidang media hari ini,
Abdul Aziz mendedahkan tentang terdapatnya unsur penipuan yang berlaku dalam
audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor.
Pengerusi SPR itu berkata,
penipuan dikesan sewaktu dijemput dalam sebuah program radio Bernama
bersama-sama Saifuddin baru-baru ini.
“Gambar itu telah diubah,”
kata Abdul Aziz kepada media, dengan menambah parti itu telah menipu dengan
laporannya.
Abdul Aziz turut menunjukkan
gambar-gambar hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pasukan penyisat SPR
Selangor ke Kampung Sungai Pusu yang menunjukkan 32 keluarga yang menetap di kampung
tersebut menggunakan satu alamat yang terletak di pondok tersebut.
Tetapi Saifuddin menafikan
kenyataan pengerusi SPR tersebut mengambil gambar daripadanya untuk
mengesahkan, semasa program tersebut, beliau hanya menunjukkan gambar tersebut
dari iPadnya.
“Dalam hal ini, saya boleh
katakan dia penipu besar,” kata Saifuddin. “Saya tunjuk gambar ini.
“Kecuali kalau daya
ingatannya kuat, dia perlu untuk ke tempat yang sama dan buktikan dia salah.
“Saya akan pastikan bahawa
alamat ini adalah pondok dan bukan tempat meletak motorsikal,” kata Saifuddin
lagi.
Kerajaan Selangor yang
diperintah Pakatan Rakyat berkata mereka tidak akan mengadakan pilihan raya
serentak dengan persekutuan kecuali bila SPR dapat membersihkan daftar pemilih
yang akan digunakan dalam pilihan raya akan datang.
Dalam statistik terbaru SPR
digazet pada 16 Ogos yang dihantar kepada The Malaysian Insider, SPR merekodkan
jumlah pemilih berdaftar seramai 13,052,374 orang di mana 12,778,127 orang
adalah pengundi biasa dan 274,247 orang adalah pengundi tidak hadir yang
terdiri daripada tentera, polis dan pengundi luar negara.
Selangor mempunyai pengundi
luar negeri yang paling tinggi iaitu 597 orang manakala Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur mempunyai jumlah pengundi tidak hadir paling tinggi iaitu seramai
40,543 orang. (TMI)
No comments:
Post a Comment