SUSPEK.....Som
Sak menunjukkan gambar dua lelaki yang dipercayai boleh membantu kes rogol
melibatkan seorang pelajar tingkatan tiga, di sini, Ahad lalu.
TAPAH : Perkenalan singkat
melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang baru menjangkau tiga hari mengundang
padah buat seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di salah sebuah
sekolah di Bidor apabila dia menjadi mangsa rogol secara bergilir-gilir tiga
pemuda.
Dalam kejadian Ahad lalu,
mangsa berusia 15 tahun itu baru berkenalan dengan salah seorang suspek dan
diajak keluar untuk beraya di rumah rakan suspek di sekitar Tapah sebelum makan
malam bersama.
Ketua Polis Daerah Tapah,
Superintendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, setelah selesai makan, suspek
pertama tidak membawa mangsa pulang sebaliknya memberitahu mangsa, dia mahu
mengambil dua rakannya.
“Kereta yang dipandu suspek
kepunyaan bapa saudaranya dan mereka menuju ke rumah milik salah seorang suspek
di Kampung Muhibbah, Batu 33, Tapah.
“Mangsa dibawa masuk ke
dalam rumah sebelum dirogol oleh tiga orang suspek bergilir-gilir dan pihak
kami juga percaya, perbuatan itu dilakukan dari lewat malam sehingga awal
pagi,” kata dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di
sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Bahagian
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah, Asisten Superitenden Md Nasri Fadzir
Tambahnya, ketika suspek
pertama cuba mengulangi perbuatannya sekali lagi terhadap pelajar terbabit,
mangsa berjaya mengunci pintu bilik sebelum melarikan diri daripada rumah
tersebut.
“Ketika mangsa cuba
melarikan diri, mangsa telah membuat panggilan 999 dan meminta bantuan daripada
pihak polis.
“Mangsa berjaya diselamatkan
sepasukan polis daripada IPD Tapah dan dibawa ke Balai Polis sebelum dihantar
ke Hospital Tapah untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa
kemudiannya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan pakar di
sana dan satu laporan polis dibuat.
“Mangsa juga dapat mengecam
dua daripada tiga suspek iaitu Mohd Shahril Kamaruddin , 23 daripada Kampung
Rebai, Jalan Pahang, Tapah, dan Musa Shaharum, 38, Kampung Bermin, Jalan
Pahang, Tapah dan pihak kami sedang dikesan suspek bagi membantu siasatan.
“Kami juga sedang mengesan
seorang lagi suspek yang hanya dikenali sebagai ‘Mok’ dan dipercayai terlibat
dalam kes ini bagi membantu siasatan,” katanya.
Suspek yang dikenali sebagai
Musa bekerja sebagai mekanik di salah sebuah bengkel di sini, mempunyai isteri
dan anak turut mempunyai dua rekod jenayah iaitu pecah rumah dan curi kenderaan
manakala Mohd Shahril masih dalam siasatan pihaknya.
“Pihak kami sedang giat
mencari ketiga-tiga suspek yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu
dan menyedari mangsa membuat laporan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 376
Kanun Keseksaan.
“Sekiranya orang ramai
mempunyai sebarang maklumat kejadian jenayah serta lain-lain maklumat boleh
berhubung terus di hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS Rakan Cops 32728
ataupun balai-balai polis berdekatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment