Saudara Pengarang,
PARTI Bersatu Sabah
ditubuhkan pada 5 Mac 1985 oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan, seorang Huguan
Siou KDM. Selama sembilan tahun PBS memerintah, Sabah telah dipinggirkan dan
diasingkan oleh Kuala Lumpur setelah menikam Kerajaan Persekutuan dari
belakang.
Pada perkiraan Datuk Pairin
dan pemimpin kanan PBS pada masa itu, dengan berdiri belakang Gagasan Rakyat
(Semangat 46) Pimpinan Tengku Razaliegh itu adalah tindakan tepat; tetapi
mereka silap membuat perhitungan.
Apabila BN kembali berkuasa
dan mengenepikan Gagasan Rakyat itu, maka bermulalah era kegelapan Sabah masa
itu kerana sebagai pembangkang,PBS menerima pelbagai tekanan dan kekangan
politik.
Datuk Pairin selaku Ketua
Menteri Sabah pada waktu itu ditahan di dalam satu sekatan jalan raya ketika
dalam perjalanan menuju ke pejabatnya di Teluk Likas, di bawah tuduhan rasuah.
Belum pernah terjadi dalam
sejarah seorang Ketua Menteri Sabah dilayan sebegitu teruk. Namun pada masa
itu, majoriti rakyat bersimpati dengan PBS dan Datuk Pairin.
Walau apa pun terjadi ketika
itu, rakyat Sabah berada di belakang PBS. Tetapi itu sejarah 20 tahun lalu.
Kini setelah PBS kembali ke pangkuan BN dengan menduduki dua jawatan Timbalan
Ketua Menteri; suatu kedudukan yang sangat dicemburui oleh parti komponen BN
Sabah.
Tetapi adakah pandangan PBS
itu didengar oleh 'Taiko BN' iaitu UMNO, rasa-rasanya tidak kerana rata-ratanya
rakyat Sabah merasakan pemimpin PBS sekarang telah berubah.
Sejak berada dalam keluarga
BN, kelantangan suara vokal mereka telah menjadi kecil dan lama-kelamaan pudar
dari bumi Sabah. Tiada lagi suara-suara menegur
kerajaan demi kebaikan bersama.
Jika sebelum ini
pemimpin-pemimpin seperti Datuk Yee Moh Chai, Datuk Maximus dan Datuk Radin
Malleh itu sebegitu lantang, tetapi sekarang, suara mereka telah lenyap terus.
Senario ini tidak
menghairankan kita kerana mereka kita berada di pihak kerajaan dan adalah tidak
mungkin melawan arus. Namun persoalannya, adakah PBS, masih relavan lagi
sekarang, jika dibandingkan 20 tahun yang lalu?
Jawapan itu hanya akan
terjawab pada PRU 13 nanti kerana survival politik PBS akan ditentukan di PRU
13 ini, sama ada dipadamkan terus dari bumi Sabah yang kini dibanjiri
'PILAKS" atau tetap utuh disayangi rakyat Sabah yang kini menjadi
minoriti.
Mungkin agak menghairankan apabila
Parti STAR Sabah mendakwa mereka mempunyai 200,000 orang ahli iaitu satu angka
yang mengejutkan kerana dalam masa 7 bulan sahaja mereka mampu mendapat ahli
seramai itu.
Untuk mengumpul 200,000
ahli, bukannya mudah dan kita percaya sebab utama mereka menyertai STAR kerana
tidak puas hati dengan BN, serta mendokong cita-cita dan falsafah STAR dengan
Borneo Agenda mereka.
Senario ini sememangnya
membimbangkan Pimimpin PBS. Oleh itu, tidak hairan jika kita lihat meriam dan
peluru berpandu PBS itu sentiasa dihalakan ke kepala Dr Jeffery kitingan. PBS
sangat bimbang dengan faktor Agenda Borneo Dr Jeffery ini telah meracuni
sebahagian besar rakyat dan sudah tentunya membahayakan PBS dan Pairin.
Persoalannya, adakah rakyat
Sabah sudah menemui pengganti suara-suara lantang PBS? Adakah tanda-tanda
STAR akan muncul sebagai pengganti PBS?
Sama-sama lah kita tunggu jawapannya dalam PRU 13 nanti.
Salam Hormat ,
MOHD DANIAL ADULLAH
Kalau cerita mengenai perkara ini rasanya bukan satu perkara yang mudah. Tambahan lagi STAR hanyalah parti baru di Sabah.
ReplyDeleteSTAR masih baru dan tahap pencapaiannya masih sifar
DeleteStar sendri tak diterima di Sarawak, apa lagi di Sabah.
DeleteSTAR ganti PBS??tidak mungkin lagipun Star juga sebenarnya parti import dan bukan parti tempatan.
DeleteStar hanyalah satu parti nyamuk di Sarawak sebelum Jeffery memperkenalkannya di Sabah.
DeleteLagipun Star dipimpin oleh Raja Katak, sama ada rakyat yakin atau tidak kita tunggulah PRU-13.
DeleteIni juga terpulang kepada rakyat yang mengundi.
DeleteKalau kita lihat pun PBS dan STAR kedua-dua presiden adalah adik beradik. Jadi mungkin ini sukar sikit untuk ditentukan siapa yang akan menang. Kalau nasihat orang tua-tua dahulu, jangan lawan cakap abang nanti ketulahan. Jadi JK(STAR) jangan lawan cakap Pairin K(PBS) nanti berdosa.
ReplyDeleteselama Pairin dan Jeffrey bersaing, pasti ia akan memihak kepada Pairin, sukar jeffrey nak kalah Pairin.
Deletetuah JK hanya bila berada bersama2 dengan abangnya, Pairin.
DeleteSaya masih lagi sokong Datuk Pairin Kitingan, tindakan Jeffrey Kitingan lompat parti menyebabkan aku rasa kurang yakin.
DeletePBS tidak mudah digantikan kerana masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat tempatan.
DeleteStar baru saja ditubuhkan manakala PBS adalha sebuah parti yang kukuh dan sudah lama berada dalam dunia politik. Persoalannya bukan Star mampu atau tidak tapi adakah JK mampu bertahan dalam Star.
ReplyDeleteStar pun dipimpin JK yang dikenali raja katak.
Deletekalau Star dapat mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan kemungkinan besar JK akan bertahan tapi kalau sebaliknya, faham2lah pemimpin seperti JK.
DeleteStar dari awal lagi merancang strategi untuk perlawanan 1 ke 1, tetapi sehingga sekarang strategi tersebut masih belum direalisasikan.
DeletePatri Bersatu Sabah (PBS), which was established about 27 years ago, consistent in fighting for the rights and interests of the people of Sabah, said its president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
ReplyDeleteHe said despite many challenges that had to be encountered in national politics during this period, but Seech PBS with perseverance, confidence and strength.
ReplyDeletePairin, who is also the Deputy Chief Minister said that success is the result of the continued support of the people and party leaders at all levels, including members of the supreme council, heads of departments and grassroots leaders.
ReplyDeleteWhen reminiscent of the history and intricacies of PBS's struggle, I was really overwhelmed by the support of the people and leaders of the party that has become so strong to fight for the fate together people of Sabah.
ReplyDeletePairin expressed his gratitude for the support of the people support and call for a renewal in their determination to continue serving the people and the state for the good of all.
ReplyDeletePairin hoped that the people, especially young people an insight into the history of the struggle PBS especially the party's involvement in safeguarding the people of Sabah including Kadazandusun community.
ReplyDeletePBS is the earliest in the state party of championing issues related to illegal immigration problem (PTI) in Sabah and consistency in raising the issue in each annual general meeting, including proposed the establishment of the Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate the inclusion of PTI since the party the established nearly three decades ago.
ReplyDeleteStruggle for 27 years has finally come to fruition when the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced the establishment of RCI and its terms last week, which was well received by the people of Sabah and seen as the best solution to the endless problems.
ReplyDeletePreviously, Pairin asked law enforcement agencies to improve surveillance to tackle the problem of illegal immigrants in Sabah and completed by 2012.
ReplyDeleteIsu PATI harus ditanggani dengan cepat dan berkesan.
DeletePBS led by Pairin also play an important role in realizing the establishment of Kadazandusun College (College KDM) in the state as announced by the Prime Minister during his visit to Tambunan, in the interior of Sabah, earlier this year.
ReplyDeleteProposed establishment of the college was made by the Society of Welfare and Education Kadazandusun and Murut Sabah (Pekadin).
ReplyDeleteParti Bersatu Sabah (PBS) remains relevant to the Chinese community as proven by the increase in new membership received from them.
ReplyDeleteBandar Keningau PBS branch chairman Johny Anthony Kadau said the increase in Chinese support for the party is mainly attributed to its multi-racialism concept, its genuiness and consistency in its causes.
Parti Bersatu Sabah (PBS) vice-president Datuk Herbert Timbun Lagadan said the people of Sabah should be wise in evaluating the history and background of the head of the opposition pact, Datuk Seri Anwar Ibrahim who had made many promises which were never fulfilled. Herbert, who is also the Kadamaian PBS division head, said Anwar had not only failed to fulfill the 100 days to develop Sabah made previously, but also a 'two-faced' leader who was prepared to do anything merely to achieve his agenda to gain power.
ReplyDeletejangan perasan la Jeffrey.. cuba la dia lawan pairin dulu baru tahu Star boleh ganti PBS atau tidak..
ReplyDeletebaik Jeffrey lihat balik PRK Batu Sapi untuk mengukur kekuatan PBS.. calaon PBS hanya seorang suri rumah yang tidak popular mampu menumbangkan 2 gergasi dalam politik, malah salah seorang dari calon pembangkang adalah bekas KM Sabah..
ReplyDeletesehingga hari ini sejak Star sabah ditubuhkan, pemimpin2 Star jarang sekali turun padang menyelesaikan atau mendengar masalah rakyat.. pemimpin2 mereka hanya tahu bercakap2 dimedia mengulas isu2 yang boleh dikontroversikan..
ReplyDeleteStar merupakan parti yang tidak diterima di Sarawak dan kini cuba nasib di Sabah.
DeletePBS merupakan parti yang banyak berjasa dan berpengaruh.
ReplyDeleteSTAR masih baru di Sabah, rakyat masih tidak percaya sangat dengan perjuangannya.
ReplyDeleteNama Jeffrey juga kurang baik sebab selalu lompat parti.
ReplyDeleteBukannya nak ganti dan dia boleh ganti, semua terpulang kepada rakyat untuk menentukannya.
ReplyDelete