Oleh : SHAIMON S JUMADI
AHLI Parlimen Beluran, Datuk
Ronald Kiandee membidas dan menyelar sekeras-kerasnya terhadap pemimpin parti
pembangkang yang biadap dan bermulut celupar kerana hanya pandai memutar
belitkan setiap perkara positif dan menidakkan usaha-usaha kerajaan persekutuan
bagi membangunkan negeri Sabah.
Apa saja kebaikan yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan persekutuan untuk kebaikan rakyat jelata di
negeri Sabah, langsung dinafikan dan dipandang serong oleh para pemimpin
pembangkang dan ada sahaja yang tidak betul
dengan mereka.
Kata Ronald lagi, para
pemimpin pembangkang hanya tahu buat janji itu dan janji ini; tetapi tiada satupun
bukti yang mereka tunaikan kepada rakyat; tidak ubah seperti anjing menyalak
bukit, sedangkan mereka bercakaran dan berebut kawasan sesama sendiri.
Ronald berkata demikian bagi
mengulas kenyataan Ketua Penerangan STAR, Edward Linggu yang tersiar di akhbar
tempatan pada khamis lalu yang mendakwa bahawa Sabah setara dengan negeri lain,
sebagai dakwaan liar dan tidak tepat.
"Isu tersebut mereka
putar belitkan untuk kepentingan diri dan politik mereka sedangkan, berbanding
dengan yang pemimpin Barisan Nasional (BN) katakan berdasarkan fakta dan tidak
dibuat sesuka hati," katanya.
Menurut Ronald, kenyataannya
di akhbar tempatan pada Selasa lepas merujuk kepada peranan penting diberikan
kepada pemimpin dan penjawat awam dari negeri ini dalam kerajaan Persekutuan
membuktikan Sabah berada dalam kedudukan terbaik dalam Malaysia.
Katanya, perkataan setara
yang digunakan adalah merujuk kepada perlantikan pemimpin dan pegawai Sabah di
peringkat persekutuan, tetapi tidak merujuk kepada aspek pembangunan.
"Malah dalam kenyataan
itu, saya menyatakan Sabah perlu terus diberi perhatian khusus oleh kerajaan
persekutuan untuk mengimbangi keperluan pembangunan yang mendesak di negeri
ini.
"Saya kesal kerana
Edward tidak membaca kenyataan akhbar saya sebelum membuat kenyataan. Atau
diedar oleh parti beliau untuk memutar belit kenyataan," katanya.
Ronald berkata ia
menunjukkan pemimpin parti pembangkang itu hanya mengambil kesempatan untuk
membuat kenyataan bagi meraih sokongan rakyat untuk kepentingan diri dan
politik mereka.
Beliau berkata kenyataannya
mengenai perlantikan pemimpin dan penjawat awam dalam jawatan penting di
peringkat persekutuan adalah berdasarkan fakta.
Katanya terdapat empat
menteri kabinet persekutuan daripada rakyat Sabah iaitu Menteri Luar Datuk
Anifah Aman; diikuti Datuk Shafie Afdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah); Datuk Maximus Ongkili (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Tan
Sri Bernard Dompok (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi).
Menurutnya, dari segi
penjawat awam antaranya Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail.
Ronald yakin penduduk negeri
ini bijak dalam menilai kenyataan yang dibuat oleh pemimpin parti pembangkang
yang pandai memutar belitkan fakta sebenar untuk meraih sokongan rakyat.
Katanya lagi, mereka juga
memutar belitkan fakta dan menidakkan program pembangunan yang dilaksanakan
oleh kerajaan ketika mengadakan perjumpaan dan ceramah di kampung sekitar
daerah Beluran dengan tumpuan mereka di kawasan luar bandar.
No comments:
Post a Comment