Monday 24 September 2012

PEMEGANG LESEN FMU PACU INDUSTRI PERABOT





KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta pengusaha ladang persendirian dan pemegang lesen Unit Pengurusan Hutan (FMU) supaya menanam kayu jenis 'Acacia Mangium' secara komersial bagi membantu memacu industri perabot di negeri ini.

Beliau berkata walaupun kerajaan negeri melalui beberapa agensinya termasuk Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) sudah memulakan penanaman acacia mangium, namun pencapaian keseluruhan industri perabot di negeri ini belum berada pada tahap yang sewajarnya.

"Sebab itu, kita mahu mereka yang mempunyai ladang-ladang dan pemegang lesen FMU menanam acacia mangium (bahan mentah untuk perabot) yang mempunyai pasaran yang baik dan mampu memberi pulangan yang lumayan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai industri perabot di sini pada Isnin.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata sektor perabot mempunyai prospek yang cerah kerana perdagangan perabot dunia semasa dianggarkan bernilai US$107 bilion (RM328 bilion).

Beliau berkata industri perkayuan merupakan tulang belakang pembangunan sosio ekonomi Sabah dan antara penyumbang utama kepada sumber pendapatan negeri. (Bernama).

No comments:

Post a Comment