SEORANG wanita merayu kepada
pegawai pencegah maksiat untuk masuk semula ke dalam bilik tidur teman
lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam yang tidak sempat
dipakainya sejurus selepas dia ditahan, pagi kelmarin.
Permintaan itu dipenuhi oleh
pegawai berkenaan apabila mendapati wanita itu berada dalam keadaan
mengghairahkan kerana memakai seluar ketat nipis, selain baju yang dipakainya
kelihatan dalam keadaan tidak sempurna.
Wanita yang hanya tinggal
dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka
menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu.
Mohd Jonid Abdul Syukor,
Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik berkata, wanita berusia 21
tahun dan pasangan kekasihnya 26 tahun berasal dari kampung berlainan di
pinggir pekan ini diserbu penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin dipercayai
ketika sedang memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi itu.
Wanita berkenaan pada
mulanya mengeluarkan suara tinggi ketika ditahan tetapi selepas itu menangis
sambil menceritakan kisah hidupnya dan keluarga pasangan berkenaan.
Penolong Penguat Kuasa Pejabat
Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua
anggota RELA menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam
mengenai perlakuan pasangan itu.
“Selepas kira-kira 10 minit
kami mengetuk pintu bilik yang berkunci dari dalam itu, ia dibuka seorang
lelaki yang hanya berseluar pendek sebelum mendapati seorang wanita sedang
duduk di atas tilam nipis.
“Keadaan atas tilam
berselerak dengan kain selimut dan sehelai kain sarung di dalam bilik sempit
hanya kira-kira tiga meter persegi itu,” katanya.
Katanya, ketika diajukan
soalan mengenai status mereka bukan pasangan suami isteri, wanita berkenaan
mula meninggikan suara sambil menceritakan masalah keluarga pasangannya yang
enggan menerima dia sebagai menantu.
Wanita berkenaan mengaku
pergi ke rumah kongsi tempat tinggal kekasihnya yang bekerja di kilang papan di
situ dengan menunggang motosikal sehari sebelum itu dan bermalam bersama
kekasihnya.
“Malah, dia juga mengaku
dalam seminggu dia pergi beberapa kali ke rumah itu sejauh kira-kira 30
kilometer dari rumahnya bagi melepaskan rindu selain memberi alasan untuk
membawa makanan.
“Ketika disoal, wanita yang
hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri
sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu.
“Malah, apabila ditanya
berapa kali sudah terlanjur melakukan hubungan seks, wanita itu tanpa segan
silu mengaku tidak terkira banyaknya dengan alasan dia terlalu sayang kepada
pasangannya,” katanya.
Ketika membuat laporan di
Ibu Pejabat Polis (IPD) Grik, Mohd Jonid berkata pemeriksaan pada telefon
bimbit milik lelaki berkenaan didapati mengandungi beberapa adegan rakaman
hubungan seks dengan berlatarkan bunyi unggas pada waktu malam dipercayai hasil
rakaman peribadi mereka.
“Telefon itu kemudian
dirampas untuk dijadikan bahan bukti dan mereka ditahan satu malam di lokap
polis sebelum menghubungi keluarga untuk dijamin.
“Pasangan berkenaan disiasat
mengikut Seksyen 54 Enakman Jenayah Syariah Perak dan boleh didenda sehingga
RM3,000 atau dua tahun penjara, jika sabit kesalahan,” katanya.
No comments:
Post a Comment