KUALA LUMPUR: Kejutan
budaya, keinginan mencuba dan sikap tidak apa menjadi punca segelintir
mahasiswi terjebak dengan kegiatan liar dan maksiat hingga mengundang bencana
apabila terpaksa meninggalkan universiti atau menangguhkan pengajian kerana
mengandung anak luar nikah.
Lebih mengejutkan, ada
antara mereka mengaku terlanjur dengan ramai lelaki selepas terpedaya dengan
pujuk rayu si hidung belang yang bijak menyusun ayat memujuk.
Ikuti pengakuan tiga siswi,
Fifi, Wati dan Irah yang kini terpaksa menghuni di rumah perlindungan wanita
selepas hamil anak luar nikah.
Meskipun pernah melakukan
hubungan seks dengan lima teman lelakinya, Fifi (bukan nama sebenar), 25, tidak
pernah hamil walau tidak menggunakan alat perlindungan kehamilan.
Bagaimanapun, selepas
melakukan perbuatan terkutuk itu bersama teman lelaki keenam, siswi sebuah
institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini terkedu apabila disahkan hamil
selepas perutnya makin membesar dan tidak dapat disorok lagi. (Harian Metro)
No comments:
Post a Comment