Wednesday, 19 September 2012

TUNJUKKAN MEREKA PINTU KELUAR!




Saudara Pengarang,
                       
RAKYAT Malaysia bakal masuk ke medan perang pilihanraya terhebat abad ini; yang diramalkan November ini (angka kesukaan Najib). Adakah rakyat sudah bersedia kali ini? Bukankah sememangnya sudah lama kita tunggu-tunggu hari keramat PRU-13 dengan penuh bersemangat dan bersungguh-sungguh.

Lihat sahaja perhimpunan BERSIH yang menyaksikan ratusan ribu rakyat keluar ke jalanraya untuk memberi sokongan. Mungkin ini suatu petanda buruk kepada BN kerana kenapa sebegitu ramai orang muda tidak puas hati terhadap BN?

Kenapakah rakyat teringin menukar kerajaan BN? Jawapannya bukan kerana kehebatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diwawarkan bakal PM baru. Akan tetapi selera ingin menukar kerajaan di hati rakyat Malaysia seiring dengan gejolak dunia politik sejagat.

Ledakan kebangkitan demokrasi yang dipacu dunia barat ke Asia menyaksikan kejatuhan negara Arab. Bermula dengan kejatuhan Husni Mubarak; Muamar Gadaffi; kejatuhan LDP Jepun; pertukaran kerajaan baru Thailand dan perkembangan buruk di Syria telah sedikit sebanyak mempengaruhi minda rakyat.

Majoriti golongan muda dan terbiar yang menjadi mangsa birokrasi BN dan mudah di pengaruhi Pakatan Rakyat sebagai 'Kerajaan' yang sesuai menggantikan  BN pada PRU-13.

Sejak lebih 50 tahun lalu, BN telah memerintah negara ini; ketika itu, rakyat tidak mempunyai pilihan kerana pemerintahan Ala-Diktator Dr Mahathir Mohamad yang memalapkan demokrasi melalui Akta Drakonian; sehingga menimbulkan rasa takut akibat terus diracuni media arus perdana; namun semua ini tenggelam selepas PRU-12 serentak dengan perkembangan di dunia IT yang menjadi senjata paling ampuh untuk mengurangkan ego dan kekangan kerajaan.

Rakyat di zaman Najib yang tidak lagi gentar dengan ISA, bebas mengkritik dasar kerajaan dan meluahkan ketidak puasan hati melalui Facebook, Twitter, Skype dan sebagainya gagal ditampan kerana Dasar BOG Kerajaan Malaysia.

Media kerajaan tidak lagi kebal untuk menampan hebahan media alternatif sehingga Anwar Ibrahim mampu melonjakkan gelodak kemarahan rakyat berhubung gejala kenaikan harga minyak.

Kita nampak Anwar berjaya memainkan sentimen ketidak puas hati rakyat ini kerana beliau tahu 99.99% rakyat tidak puas hati dengan kenaikan harga minyak; maka janji Anwar jika PR masuk Putrajaya; hari ini juga minyak turun.

Rakyat semestinya percaya dengan janji Anwar ini. Rakyat juga tidak puas hati dengan kroni dan suku-sakat pemimpin BN dalam penguasaan ekonomi. Kronisme sudah menguasai sektor media, perbankan, perladangan dan semua sektor lain. Rakyat hanya berharap semua ketidak wajaran ini hanya akan terhenti jika memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat.

Seperti kita sedia maklum, BN sekarang telah sedar dari mimpinya selama 55 tahun, dengan baru mahu memberi berbagai bantuan BR1M, TR1M, KR1M, dan berbagai-bagai lagi bantuan yang akan diumumkan menjelang PRU 13.

Oleh itu wajarkah rakyat Malaysia terus diperbodohkan untuk tempoh lima tahun lagi atau memberi peluang kepada Pakatan Rakyat menjadi pemerintah Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang; sebelum melakukan perkara yang sama kepada Pakatan Rakyat?

Jika dibandingkan dengan negara jiran Singapura dan Brunei, Malaysia jelas ditinggalkan sebegitu jauh dari pelbagai segi. Persoalannya di sini, kenapakah Malaysia yang mempunyai sumber-sumber asli yang begitu banyak boleh ditinggalkan oleh sebuah negara kecil seperti Singapura yang ekonominya adalah hanya bergantung pada import dan export.

Terdapat banyak berbezaan di antara Malaysia dan Singapura. Yang paling utama adalah, index Rasuah. Kita tidak pernah dengar pemimpin di Singapura dikaitkan dengan skandal rasuah sehingga dan index rasuah di Singapura adalah kelima terbaik di dunia.

Kenapa Singapura begitu berjaya? Tidak dinafikan mereka menggalakkan ekonomi yang bersaing di antara sesama mereka, bukan seperti di Malaysia yang ekonominya berasaskan suku-sakat  dan kroni. 

Singapura juga sebuah negara yang tidak mempunyai hutang luar, sedangkan Malaysia hambir mencecah RM500 bilion. Tiba masanya kita memerlukan perubahan besar demi masa depan kita.

Satu perubahan politik drastik perlu dibuat demi untuk menamatkan kekuasaan suku-sakat kroni di Malaysia kini menjadi impian utama rakyat untuk menuju ke sebuah negara yang cermelang di bawah sebuah kerajaan yang telus dan hanya berkerja untuk rakyat; bukan untuk kroni.

Oleh itu, marilah kita rakyat di Malaysia menunjukkan kuasa di tangan kita; untuk mengajar pemimpin yang rakus dan tunjukkan jalan keluar mereka dari pejabat yang mereka duduki selama ini.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH.

32 comments:

  1. Jangan laung2 mahukan perubahan jika mentaliti masih di takuk lama dan tidak bersedia korbankan apa yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan negara saja merdeka, tapi merdeka di hati juga.....

      Delete
  2. PRU13 semakin dekat. Adakah BN atau PR yang menang? Semua itu masih belum dapat dipastikan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tnggu ja keputusan PRU.

      Delete
    2. bergantung pada usaha kedua2 pihak dan sokongan rakyat.

      Delete
    3. Keputusan berada di tangan rakyat.

      Delete
  3. Apa pun kita mengharap sangat yang mana kerajaan akan lebih memberikan tumpuan dikawasan luar bandar yang masih mundur dengan pembangunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tunggu pembentangan bajet 2013 dari najib pada 28 sept ni...

      Delete
    2. sabah is not the size of singapore, malaysia is not the size of singapore...malaysia like indonesia is pretty mighty in size compared to tiny singapore.... it will take time to fully develop a huge country... in time, everything will be fulfilled. have faith in the present government.

      Delete
    3. let us the rakyat together with the elected leaders play our part in bringing development to sabah. and we do it for the benefit of the future generation... let us build a country, a country built by her people....

      Delete
    4. tiap tahun kerajaan memberi peruntukan kepada setiap negeri. selain itu banyak lagi bantuan2 lain yang diberikan kepada rakyat untuk mengurangkan beban mereka. naiktaraf jalan pun tiap tahun disalurkan.

      Delete
    5. Semoga bujet 2013 memihak kepada pembangunan di Sabah yang masih dalam kemiskinan.

      Delete
    6. Pembangunan kawasan luar bandar harus diberi perhatian yang wajar juga.

      Delete
  4. Semua ini sekarang terpulang daripada rakyat untuk mengundi mana yang terbaik. Tapi nasihat supaya mereka tidak terpedaya dengan apa dijanjikan. Nilai sebaiknya supaya tidak termakan tipu muslihat pihak tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bukan rakyat manalah BN dapat berdiri dengan teguhnya di sabah...tapi setakat ni, hanya melalui kerajaan BN saja akan adanya pembangunan...

      Delete
  5. rakyat yang akan menilai dan memilih...bukannya pemimpin politik...

    ReplyDelete
  6. Dari kita saja tu. Apa yang akan berlaku di depan semuanya terletak di tangan kita.

    ReplyDelete
  7. Jadi undilah calon yang mampu menjaga kebajikan kita dan bukannya sebaliknya. Ingat next GE adalah peluang kita.

    ReplyDelete
  8. semua perlu bersedia menghadapi pilihanraya.

    ReplyDelete
  9. dari asyik meramal tarikh PRU, baik tunggu ja PM umumkan.

    ReplyDelete
  10. Pembangunan luar bandar tidak harus diabaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kerajaan dapat menumpu perhatian untuk menyeimbangkan perkembangan ekonomi.

      Delete
  11. Choose the right party and right leader.

    ReplyDelete
  12. Pemimpin yang tidak berkhidmat dengan baik harus dilucut dadri senarai.

    ReplyDelete
  13. Pertarungan BN dan parti lain semakin giat. Semoga PRU dijalan dengan lebih adil dan terbuka.

    ReplyDelete
  14. "Lihat sahaja perhimpunan BERSIH yang menyaksikan ratusan ribu rakyat keluar ke jalanraya untuk memberi sokongan. Mungkin ini suatu petanda buruk kepada BN kerana kenapa sebegitu ramai orang muda tidak puas hati terhadap BN? "

    nampak sangat penulis cuba mengagung2kan demonstrasi jalanan yang banyak menyusahkan negara.. ini bukan petanda bahawa KERAJAAN akan tumbang, sebaliknya pentanda bahawa NEGARA akan tumbang..

    ReplyDelete
  15. "Kenapakah rakyat teringin menukar kerajaan BN?"

    bila masa rakyat teringin menukar kerajaan?? yang berdemo itupun dibayar oleh pakatan dan selebihnya adalah ahli2 pakatan sendiri.. so bila masa rakyat mahu menukar kerajaan??

    ReplyDelete
  16. "Ledakan kebangkitan demokrasi yang dipacu dunia barat ke Asia menyaksikan kejatuhan negara Arab. Bermula dengan kejatuhan Husni Mubarak; Muamar Gadaffi; kejatuhan LDP Jepun; pertukaran kerajaan baru Thailand dan perkembangan buruk di Syria telah sedikit sebanyak mempengaruhi minda rakyat."

    mahu tiru negara luar la ni?? di negara luar kebangkitan rakyat adalah datang dari hati rakyat sendiri.. di malaysia, demonstrasi yang disertai rakyat adalah kehendak dan hasutan pemimpin2 pembangkang..

    ReplyDelete
  17. "Majoriti golongan muda dan terbiar yang menjadi mangsa birokrasi BN dan mudah di pengaruhi Pakatan Rakyat sebagai 'Kerajaan' yang sesuai menggantikan BN pada PRU-13."

    golongan muda menjadi mangsa oleh pemimpin2 pakatan yang kemaruk mahu mendapatkan jawatan kabinet.. tidak cukup mengajak mereka bertempur dengan anggota polis, disuruh pula melakukan ancaman bunuh, tunjuk punggung dan macam2 provokasi terhadap pemimpin negara..

    ReplyDelete
  18. kepada penulis ini, jangan buang masa buat artikel tidak berguna seperti ini.. macam mana pula dengan penghinaan blogger pakatan rakyat terhadap suku kaum di sabah?? itukah contoh kerajaan yang kononnya kayak mentadbir negara ini?

    ReplyDelete