Oleh : AIDILA RAZAK
NAIB PRESIDEN Umno, Datuk
Seri Shafie Apdal menolak rancangan parti SAPP untuk memperkenalkan kad
pengenalan khas bagi warga Sabah kerana perkara itu menurutnya satu langkah
yang tidak diperlukan.
"Kenapa perlu (kad
pengenalan khas?). Kita sudahpun jadi sebuah negara,"
Beliau mempersoalkan langkah
untuk mengawal rakyat Malaysia daripada Sabah memandangkan kerajaan masih
berdepan masalah dalam menghalang kemasukan warga asing dan kumpulan pengganas.
"(Kumpulan pemisah
Filipina) Abu Sayyaf dan pendatang asing kita tak boleh kawal, (tapi) nak kawal
rakyat Malaysia (daripada memasuki Sabah) buat apa?"
Katanya, beliau maklum
mengenai perjanjian 20 perkara apabila Sabah bersama Sarawak, Malaya dan
Singapura membentuk Persekutuan Malaysia; beliau berpendapat kad pengenalan
seperti itu akan menghalang produktiviti.
"Jangan lihat dari
kerangka negatif. Kalau Sabah untuk Sabah, Perlis untuk Perlis, tak ke mana
negara ini," kata Ahli Parlimen Semporna itu lagi.
Perjanjian tersebut antara
lainnya memberi kuasa kepada Sabah untuk mengawal kemasukan warga Malaysia ke
negeri tersebut.
Perkara itu juga menjadi
alasan parti SAPP dalam mengemukakan cadangan tersebut, kerana ramai pendatang
asing tanpa izin didakwa memiliki MyKad yang dikeluarkan kerajaan persekutuan.
Presidennya Datuk Seri Yong
Teck Lee antara lainnya berpendapat, "Kad Pengenalan Sabah" itu akan
memberi keistimewaan kepada pemegangnya untuk mendapatkan tanah, lesen
perniagaan, peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam negeri.
Sementara itu, presiden
PERKASA Datuk Ibrahim Ali pula berpendapat, janji SAPP untuk mengeluarkan kad
pengenalan khas itu merupakan cadangan yang mengandungi unsur subversif.
"Saya rasa cadangan ini
tidak lebih untuk menarik sentimen Sabah (dalam politik). Ini bagi saya ada
elemen subversif. Ia menggalakkan unsur-unsur yang tidak membentuk perpaduan
nasional," katanya.
Cadangan itu dikemukakan
presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee sewaktu berucap di Kepayan, Kota
Kinabalu Jumaat lalu.
Yong mahu ada ic khas supaya senang tipu untuk dapatkan tanah.
ReplyDeleteYTL memang tiada semangat 1Malaysia. rasanya kalau dapat jadi pemerintah mesti ada keinginan mau pisahkan Sabah dari negeri2 lain di Malaysia.
DeleteI think this is one of the possibilities as well. After all, he was so ashamed with his SAS downfall case.
DeleteBukan saja Pemimpin UMNO rasanya. STAR dan PR pun mungkin menolak cadangan ini.
ReplyDeleteI don't think the oppositions will dare to say so.
DeleteJika tolak, harus memberi penjelasan agar semua pihak faham keadaannya.
DeleteCadangan SAPP ini memang tidak logik langsung sebenarnya untuk Sabah. Memang SAPP terlebih-lebih untuk menjauhkan Sabah dari Malaysia.
ReplyDeleteSAPP nak pecah belahkan masyarakat Malaysia.
Deletemmg wajar idea ini ditolak.
DeleteSAPP has so many illogical suggestion. I don't see anything like this in Sarawak.
DeleteLet see what SAPP respond to the matter.
DeleteLogic atau tidak, itu juga terpulang cam mana kita menilaikannya. Tengok nanti YTL membalas selepas cadangan ditolak?
DeleteKita dapat nilai sendiri juga kenapa perlu ada IC berbeza dengan Negeri lain?Bukankah itu satu cara untuk membezakan Sabah dalam Malaysia. Apa motif semua ini sebenarnya.
ReplyDeleteRasanya kita sendiri pun dapat menilainya sendiri. Maka tolaklah SAPP parti tempatan yang lemah di Sabah ini.
ReplyDeletenaah....tida lama juga ni SAPP dapat bertahan...lek lah!
DeleteThere is no more reason for me to say YES on this.
DeleteKerajaan akan memastikan yang mana semua pihak akan dapat sama rata dan adil. Jadi cadangan SAPP ini sememangnya tidak diterima pakai dan ditolak.
ReplyDeleteperpaduan harus dipertahankan...
ReplyDeletecadangan SAPP ni meruntuhkan perpaduan dan keharmonian negara...
DeleteYes indeed.
Deletepalui juga SAPP ni... ic khas untuk sabah?!? ni mcm mau buat negara baru suda ni....
ReplyDeleteidea mengarut dari Yong.
Deleteyong harus sedar dia dah ditolak.
DeleteTidak salah berkongsi idea, jika tidak dapat dilaksanakan, hormati juga idea pihak lain.
Deletethis is quite clear SAPP do not see the clear picture, the actual situation in sabah. this is one ridiculous suggestion made! this is no way to resolve any known problems or issues within the state....
ReplyDeleteimagine going to any of the other malaysian states with the sabah ics, sabahans may be treated as malaysians with foreign status...funny!
ReplyDeleteSAPP memang kreatif dalam mencari isu yang mampu menarik minat ramai untuk diperkatakan.
ReplyDeleteInilah kalau terlalu mahu popular kan, cakap pun ikut sedap mulut saja. huhu
ReplyDeleteInikah idea terbaik SAPP untuk selesaikan masalah PATI??
ReplyDeleteThank you SAPP to sharing the idea to resolve the issue.
ReplyDeleteApakah rancangan kerajaan untuk menyelesaikan isu PATI? RCI masing belum ditubuhkan lagi?
ReplyDeletePATI tidak harus ditangguh lagi untuk menjejas perkembangan ekonomi.
ReplyDeleteSAPP can do anything to get famous.
ReplyDeleteKaji secara terperinci, tidaknya cadangan SAPP tidak boleh diterima.
ReplyDeleteWould it be a grear idea if both the mykad to standardise to avoid confusion.
ReplyDeleteIC khas yang dicadangkan oleh SAPP bukan penyelesaian kepada PATI dan projek IC di negeri ini..
ReplyDeletejika YTL mempunyai kuasa untuk memberikan IC khas kepada rakyat Sabah, tidak mustahil beliau juga akan memberikan IC khas ini kepada kroni2 beliau untuk merampas hak2 rakyat sabah..
ReplyDeletesiapa tidak kenal dengan YTL yang pernah merampas tanah penduduk kampung dan hampir membankrapkan negeri ini hanya dalam masa dua tahun..
ReplyDeleteSemua yang bagi respon negatif terhadap YTL ni saya anggap semuanya sudah di'brainwash'Agenda Malaya... Adakah kamu semua sudah kaji mengapakah YTL cadang begitu? Fahamilah, mengapa akhir2 ini orang borneo sudah bising? Kaji dan selidik apa puncanya... Barulah kamu faham.
ReplyDelete