BEKAS orang kanan Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendakwa NGO Suaram dan
portal berita Malaysiakini menjadi 'tali barut' Yahudi demi menggagalkan usaha
Malaysia untuk memiliki kapal selam Scorpene.
Laporan edisi Ahad Utusan
Malaysia (semalam) menyebut, Anuar mengemukakan alasan bahawa NGO yang
memfailkan saman di Mahkamah Perancis ke atas pembuat Scorpene itu menerima
dana daripada Open Society Institute.
Jelasnya, institut berkenaan
diasaskan jutawan George Soros yang berketurunan Yahudi.
Beliau turut memberi alasan
bahawa National Endowmen for Democracy yang turut menyalurkan dana kepada
Suaram juga dipimpin oleh seorang lagi tokoh Yahudi, Carl Gershman.
"Ini kerana sudah pasti
anggota Suaram diberi imbuhan yang amat lumayan untuk menjadi tali barut Yahudi
dan najis masyarakat," katanya seperti dipetik Utusan.
Anuar juga menyalahkan 'pembuat
kapal selam Yahudi dari barat' yang bertindak 'tidak bermoral' dengan 'menyerang'
syarikat pembuat kapal selam Scorpene, DCNS.
Beliau mendakwa pembuat
senjata berkenaan 'iri hati' kerana Malaysia tidak membeli kapal selam daripada
syarikat Yahudi.
"Kita tahu di Amerika
Syarikat industri pertahanan rata-rata mempunyai kaitan dengan Yahudi.
"Mereka juga membiaya
Suaram dan portal berita pro-pembangkang Malaysiakini bagi tujuan sama agar
negara tidak memiliki kapal selam dari Perancis kerana bimbang dengan serangan
politik dan sebagainya."
Laporan itu juga memetik
Anuar sebagai berkata: Mahkamah Perancis pada Mac lalu menerima kes difailkan
Suaram yang mendakwa pembuat kapal selam itu, DCNS, membayar jutaan ringgit
sogokan kepada Pegawai Tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian.
Bawah undang-undang
Perancis, apa-apa bayaran atau komisen dianggap sebagai haram.
Bagaimanapun, tiada
seorangpun Menteri Malaysia memberi keterangan di mahkamah berkenaan bagi
menafikan dakwaan tersebut.
No comments:
Post a Comment