Thursday, 20 September 2012

YUSOF APDAL GANTI SALLEH KALBI?




Oleh :  MEREGGANG SEGAMO

KETIADAAN tokoh berkaliber di antara Barisan Jawatankuasa UMNO Bahagian Silam menyebabkan Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Presiden UMNO terpaksa mencalonkan Mantan Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Haji Mohd Yusof Apdal sebagai Ahli Parlimen Silam dalam Pilihanraya Umum Ke 13.

Walaupun nama Yusof tidak disenaraikan oleh UMNO Bahagian Silam, namun desas-desus yang mengatakan Perdana Menteri terpaksa merestui pencalonan adik salah seorang Naib Presiden UMNO itu sebagai 'Barter Trade' kerana kemungkinan besar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak diturunkan pada pilihanraya umum akan datang atas beberapa sebab yang hanya diketahui Perdana Menteri.

Yusof yang sebelum ini pernah digantung jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Silam setelah Lembaga Disiplin UMNO mendapati beliau bersalah kerana mengamalkan politik wang, namun pengguguran Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi memberikan ruang kepada pencalonan Yusof.

Tambah meriuhkan suasana, Yusof secara terbuka sudah berani mencabar Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansor di akhbar bahawa beliau tidak mampu mengawal libido pengikutnya yang mahukan beliau bertanding pada pilihanraya umum akan datang.

Halangan demi halangan tidak mematahkan semnagat Yusof untuk terus mencuba sekalipun tewas dalam pertandingan lima penjuru yang penuh kontroversi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Silam pada 2008; malah menggunakan kesempatan bersandar kepada pengaruh abangnya.

Nasrun yang telah cukup pengalaman selama tiga penggal sebagai ADUN Lahad Datu menyimpan hasrat untuk bertanding di Parlimen Silam setelah memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Silam dan setelah Salleh Kalbi tidak mempunyai sebarang jawatan di dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Silam.

Mengekori rapat di belakang Nasrun ialah Ketua Pegawai Pembangunan Negeri Sabah, Datuk Matusin Sunsang; Pegawai Kewangan Persekutuan, Datuk Mohd Yusof Serangit dan Ketua Wanita UMNO Silam, Saleha Abdul Wahid yang mengidam untuk menggantikan tempat 'YB Sepenggal' (Gelaran umum buat Salleh Kalbi).

Namun peluang terbuka luas buat Saleha kerana beliau memenuhi syarat yang ditetapkan Najib iaitu sekurang-kurangnya mempunyai jawatan dalam UMNO Bahagian dan tidak mempunyai kes dengan SPRM.

 Dalam kedudukan abangnya yang belum menentu, Yusof Apdal agak kepayahan untuk memastikan 'cita-citanya' menjadi Ahli Parlimen dan 'Menteri' tercapai dalam waktu yang singkat kerana terlalu banyak halangan yang terpaksa dihadapi; termasuk mempunyai kes dengan SPRM yang belum dilepaskan.
Sifat 'Kia Boh' (Takut Bini) yang menghantui Yusof Apdal sejak sekian lama kini menjadi bahan sindiran dan gurauan kerana pengikutnya tidak mungkin dapat menghubungi Yusof pada waktu malam sekalipun kecemasan dan mereka segan mahu keluar minum bersama kerana Yusof akan segera meninggalkan mereka tanpa membayar minuman jika menerima telefon daripada isterinya, Datin Saleha Tun Sakaran.

Yusof juga diberi nama jolokan 'Yusof Hanuman' kerana berperangai dan berketawa seperti  'Monyet' sehingga Mantan ADUN Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Amat Jamlee pernah menyindir Para Ketua Cawangan UMNO di Silam yang tersilap memilih Yusof Apdal sebagai Ketua yang tidak tahu apa-apa, melainkan ketawa seperti monyet!

Manakala Salleh Kalbi yang bukan menjadi rahsia lagi hanya menghitung hari-hari terakhirnya sebagai Ahli Parlimen; terus berbangga dengan Ijazah PhD (Doktor Falsafah) palsu; termasuk isteri yang menggunakan IC Palsu; malah semakin garang menukarkan pegawai kerajaan yang tidak disukainya dan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan.

Terlalu banyak pertuduhan rasuah yang dihadapi Salleh, amat menyukarkan beliau dicalonkan semula, sekalipun menurut lapoan akhbar See Hua Daily News, seramai 3,000 pemimpin masyarakat, Ketua Kampung dan Ketua Cawangan UMNO telah menandatangani memorandum merayu Perdana Menteri agar memberikan Salleh mewakili Parlimen Silam selama satu penggal lagi.

Bagaimanapun, tidak siapa yang dapat menghalang Yusof Apdal, Matusin Sunsang, Yusof Seragit, Nasrun, Salleh Kalbi atau Saleha Wahid; malah Salleh Todale (Ketua Cawangan UMNO yang kurang siuman) dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Silam pada PRU-13 kerana tidak siapa menyangka pemimpin buta huruf, Datuk Yusof Jamlee boleh dipilih sebagai ADUN Lahad Datu pada PRU 1994 sehingga dilantik sebagai Pembantu Mneteri Pembangunan Luar Bandar; seolah-olah para pengundi di Silam adalah 'Labi-Labi' yang hanya tahu  menyorokkan kepala.

28 comments:

  1. Bagus jugalah kalau Shafie tidak dicalonkan pada PRU13.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. I never heard of this name before until it occurred in Sabah Kini.

      Delete
    2. kenapa dia akan tidak akan dicalonkan, adakah kerana kes skandal?

      Delete
    3. Let wait and see whether Shafie will be selected.

      Delete
  2. Apa pun kita masih tidak ada kepastian lagi siapa yang akan bakal dicalonkan pada PRU13 ini. PM saja tahu akan perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If we know earlier, I'm sure some of the people are asking why this person is being selected. So lets remain calm.

      Delete
  3. Pastikan juga calon yang diletakkan disenangi oleh penduduk. Kerana ini juga antara faktor yang menyebabkan kurang sokongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you got that right... tida guna juga taru calon yg tidak disenangi oleh penduduk...tapi penduduk di silam pun kena lah bijak juga dengan memilih pemimpin... the objectives of the BN government is widely accepted and applauded. now what matters is how well the elected leader performs...

      Delete
    2. He must be willing to sacrifice for the people as well as for the district itself.

      Delete
    3. pilih calon yang terbaik dan pastikan ia disukai dan disenangi rakyat.

      Delete
  4. Mungkin pencalonan itu dibuat berdasarkan daripada penilaian yang dibuat selama ini. Maka kita harap PRU13 ini akan menjadi penentuk kepada BN. Semoga BN akan terus mengekalkan usaha mereka membantu rakyat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. penilaian yang dibuat tu semestinya teliti dan hasilnya, calon yang terbaik. masa kan pucuk pimpinan akan pilih mereka yang 'salah'.

      Delete
    2. Based on his achievements of all time I think.

      Delete
  5. Kalau ada Aman, Afdal pun tidak mahu ketinggalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tunggu saja lah PRU13...

      Delete
    2. Perhaps, Afdal is on Federal so he should back off.

      Delete
  6. bikin bingung...siapa yg betul sini? si apdal kah atau penyokong nya?

    ReplyDelete
  7. Susah kita mahu tahu apa yang akan berlaku nanti melainkan kita tunggu saja apa kejadian PRU13.

    ReplyDelete
  8. Tak sabar mahu mengundi tapi harap bukan tahun ni lah... Susah lah kalau tahun ni banyak sangat plan hujung tahun yang akan terganggu nanti.

    ReplyDelete
  9. Salleh Kalbi memang tidak terpilih sebab banyak kepentingan rakyat di kawasan beliau tidak terjaga.

    ReplyDelete
  10. kita tgklah adakah dia kan dicalonkan.

    ReplyDelete
  11. Ketua Menteri Sabah dan pengerusi BN, Datuk Seri Musa Haji Aman mengkategorikan menyatakan bahawa orang-orang yang kuat di belakang BN di negeri ini dan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.

    ReplyDelete
  12. Datuk Musa Aman berkata apa pun, BN Sabah akan kekal kukuh dan bersatu. Perkara utama adalah BN Sabah akan menghadapi pilihan raya umum dalam semangat yang tinggi untuk memastikan kemenangan besar untuk BN bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh negara.

    ReplyDelete
  13. CM berkata serangan berterusan oleh pembangkang pada BN Sabah dan pemimpin tidak melemahkan gabungan itu, kerana semua pemimpin parti komponen BN masing-masing kekal bersatu dan bekerja bersama-sama yang telah mengukuhkan kekuatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma kerjasama antara parti komponen dpat menguatkan lagi semangat untuk berjuang.

      Delete
  14. masing-masing mula merancang strategi untuk menentang.

    ReplyDelete
  15. shafie tidak dicalonkan? ba ngam la tu.. tapi kenapa adik dia pula yang dicalonkan?? tidak ada calon lain yang lebih bersih latarbelakangnya?

    ReplyDelete
  16. apa2pun saya harap Najib dapat membuat keputusan yang tepat dengan mengambilkira sifat2 "winnable candidate"..

    ReplyDelete