Tuesday 5 October 2010

dR.HASHIM LIM, DOKTOR PAKAR KLINIK NAJIB?



Oleh: WONG YU REN

MUNGKIN Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak menyedari tindakan pihak tertentu membuka ‘Klinik Pakar Najib’ di Sabah untuk merawat segala penyakit rasuah dan mengelak cukai dengan menggadai nama beliau.

Salah seorang ‘Doktor Pakar’ yang paling terkenal merawat pesakit rasuah dan pelarian cukai ialah dR.Hashim Lim Bin Abdullah yang memegang MyKad 551005-06-5147.

Sejak dR.Hashim membuka ‘Klinik Pakar Najib’ di Sabah, belum ada pesalah rasuah di sumbat ke penjara kerana beliau berjaya menyelesaikan kes yang dikendalikan melalui kaedah perundingan dan penangguhan kes mahkamah dengan mencipta beberapa bukti palsu untuk mengelirukan pihak pendakwaan.

dR.Hashim yang dilahirkan di Pahang dan dibesarkan keluarga Melayu di Pekan, Pahang mendakwa beliau ‘Satu Seluar’ dengan Najib dengan menjaja gambar Najib bersamanya untuk meraih kepercayaan bakal pelanggan, apatah lagi setelah menjadi Konsultan kepada Raja Penggubahan Wang Haram Asia, ‘The Untouchable’ Michael Chia Tien Foh.

dR.Hashim yang sering bercakap besar dan mendakwa memiliki lesen pistol atas anugerah Najib, begitu pandai bermuka-muka kononnya penyokong kuat Barisan Nasional sehingga dikurnia pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) pada 27 Oktober 2007.

Ramai tertanya-tanya apa jasa dR.Hashim kepada Sabah sehingga dikurnia pingat Datuk sedangkan beliau tidak pernah mengundi di Sabah, sebaliknya mengikut rekod SPR beliau berdaftar sebagai pemilih di Rumah Pangsa Bukit Chagar, Stulang, Johor Bahru.

Sebagai Doktor Pakar bagi dua Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) ciptaannya iaitu ‘Rasuah dan Cukai’, dR.Hashim telah berjaya memperdaya ramai ‘pesakit rasuah dan mempunyai masalah cukai pendapatan termasuk mangsa bankrap’ dengan menjadi juru perunding dan kebanyakan kesnya berjaya diselesaikan dengan sempurna dengan bayaran yang agak besar.

Sama ada dR.Hashim kenalan rapat Najib atau tidak, bukan persoalannya, tetapi keberaniannya menjual nama Najib begitu luar biasa sehingga hampir kesemua mangsa bebas daripada pertuduhan dan dalam masa yang sama melempar batu ke dahi Najib lalu menyembunyikan tangan kotornya.

Jika di zaman Pak Lah, seorang ‘Doktor Gila, dR.Henry Voon telah membuka ‘SPRM Swasta’ dengan menjaja nama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Panglima Ahmad Said Hamdan dan begitu berani menyiarkan iklan di surat khabar bahawa beliau Konsultan Kanan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, namun di zaman Najib menjadi Perdana Menteri, dR.Hashim begitu dominan kerana berani menjual borong nama Najib; kononnya sebagai ‘Orang Kuat Najib!’

Menurut siasatan Sabahkini.net, sebagai dR.Pakar kepada ‘Mr Underwear’ Michael Chia, dR.Hashim juga menjadi ‘Care Taker’ bagi semua harta pesakitnya kerana kini Michael Chia menyimpan hampir kesemua kereta mewahnya seperti Lamborghini, Hummer dan BMW di rumah dR. Hashim di Sentral, Kuala Lumpur.

Maka tidak hairanlah jika ‘Mr Underwear’ Michael Chia dan gengnya serta gundiknya, Kiki ‘Chicken’ Yap mendakwa semua kes rasuah, penggubahan wang haram dan pelarian cukai yang disiasat oleh SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri telah berjaya di ‘Kau Tim’ dR.Hashim menjadi ‘No Case To Answer’.

Sehubungan itu, Kiki ‘Chicken’ Yap kini begitu berbangga kerana tiada lagi pihak yang mengganggu syarikatnya, Kini Abadi Sdn.Bhd mengangkut dan menyeludup keluar kayu balak haram milik Simon Ling Ding Dieng di Pangkalan Lalangud, Tawau dan meneruskan kegiatan Penggubahan Wang Haram sebagai kerjaya cemerlang mereka.

No comments:

Post a Comment