Tuesday 16 November 2010

ZAID BUKAN PEMIMPIN POLITIK SEJATI



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

SIARAN akhbar hari ini yang menyatakan bahawa Dato’ Zaid Ibrahim keluar daripada PKR benar-benar membuktikan bahawa beliau tidak mampu menanggung kekalahan dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan Pusat kelak.

Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman yang kini berada di Kuala lumpur, menyatakan bahawa Zaid bukanlah pemimpin politik sejati kerana beliau bijak melontar masalah dengan menyatakan beliau telah muak dengan senario politik dalam PKR.

Walau apa pun alasan yang Zaid berikan, kata Halik, anggota-anggota PKR bukanlah membuta-tuli menerima apa sahaja yang diperkatakan tanpa menganalisa baik dan buruknya sesuatu perkara.

"Mengapa setelah beliau kalah, beliau dengan tegar menyatakan beliau telah muak dan bosan? Apakah ini kriteria seorang pemimpin sejati yang cepat melatah apabila enggan menerima kekalahan? Apakah seseorang pemmpin itu harus sentiasa berada 'di atas' barulah tidak timbul muak dan bosan?," tanya Halik.

Kata Halik lagi, "Kita boleh nilai level kualiti seseorang pemimpin itu dari cara mereka menghadapi cubaan. Kalau Zaid seorang yang begitu hebat, maka tentu sekali Setiausaha Agung UMNO tidak akan mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak akan sama sekali menerima kembali seorang yang bernama Zaid Ibrahim ke dalam UMNO/BN kerana beliau dipecat dengan tidak secara hormat dari UMNO."

Senario ini jelas kata Halik, menggambarkan bahawa perilaku beliau dalam semangat berpasukan ternyata amat buruk sekali. Kalau Zaid seorang yang disenangi oleh semua pihak, UMNO/BN pasti akan menerimanya kembali dengan dada yang lapang. Namun kita dapat lihat senarionya, beliau juga tidak di senangi oleh UMNO/BN.

Menurut Halik lagi, sekiranya berlaku penipuan sepertimana yang didakwa oleh Zaid, maka dia seharusnya memberikan ruang dan peluang kepada pucuk pimpinan Pusat untuk menyiasat sedalam-dalamnya akan setiap aduan yang di laporkan.

"Sebagai seorang peguam yang berpengalaman, Zaid seharusnya menyediakan segala bukti kukuh dan bukannya hanya tuduhan berdasarkan ‘hearsay’. Saya percaya Zaid amat arif dalam hal-hal perundangan, malah dalam mahkamah pun tidak akan menerima ‘hearsay evidence’," ujar Halik.

No comments:

Post a Comment