Oleh: JOE FERNANDEZ
UNIT Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sabah di Jabatan Ketua Menteri di Kota Kinabalu mempunyai pandangan yang berbeza dengan Bank Dunia berhubung kemiskinan tegar di negeri itu.
Dalam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) yang dikeluarkan Rabu lalu, Bank Dunia mendedahkan Sabah yang mewakili 10 peratus daripada penduk Malaysia mempunyai 40 peratus daripada rakyat yang dikategorikan sebagai miskin.
Menyanggah kenyataan itu, EPU mendakwa Sabah bukan negara paling miskin di Malaysia, meskipun ia tidak menamakan negeri tersebut.
Sarawak juga telah lama dikenal-pasti sebagai negara termiskin di Malaysia selepas Sabah dan ini diikuti oleh Kelantan dan Terengganu.
Menurut EPU “beberapa sektor di media tempatan dan kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu mensensasi (kemiskinan di Sabah) tanpa mengambil kira fakta dan kebenaran”.
“Ia adalah salah tafsiran laporan MEM. Laporan itu tidak menyebut pengurangan signifikan kemiskinan di Sabah dari 1976-2004,” kata pengarah EPU sabah, Ismail Abdullah.
Memetik data Bank Dunia dalam MEM, katanya kadar kemiskinan di Sabah telah berkurangan lebih 50 peratus pada 1976 kepada 24.2 peratus pada 2004.
“Bank Dunia menganggap kejayaan ini sesuatu yang membanggakan walaupun terdapat beberapa tempat masih ada rakyat yang miskin di Sabah dan juga di Sarawak serta di beberapa kawasan lagi di Malaysia,” katanya.
No comments:
Post a Comment