Monday 6 February 2012

BAJU KURUNG MERAH PUTIH BUAT RAFIZI!

Oleh : YOW HONG CHIEH

PENGENDAP....Shahrizat tidak menamakan 'pengendap', tetapi secara jelasnya merujuk kepada Rafizi Ramli dari PKR.

KETUA Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini berkata beliau akan menghantar baju kurung merah putih kepada 'pengendap' dalam PKR menambah yang berniat mahu mengambil alih jawatan itu.

Secara jelas merujuk kepada Rafizi Ramli, yang telah mengetuai serangan PKR terhadap Shahrizat dan Pusat Fidlot Nasional (NFC), menteri Kabinet ini berkata idea itu diberikan Wanita Umno pada satu mesyuarat baru-baru ini.

“Beliau akan kelihatan bagus dalam merah dan putih, nampak sedikit jambu. Wanita Umno akan menghantarnya kepada pengendap saya,” katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur di sini.

“Kerana saya rasa orang ini berhasrat untuk menjadi ketua wanita Umno, mungkin beliau pemimpin wannabe (tetapi) partinya tidak mempunyai ramai anggota. Wanita Umno mempunyai 1.3 juta ahli jadi beliau boleh rasa kuat.”

Shahrizat telah berulang kali dikaitkan dengan skandal projek berkenaan berikutan peranan suaminya di dalam National Feedlot Corporation (NFCorp) sebagai pengerusi dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Projek dana awam bernilai RM250 juta itu telah dikatakan 'bercelaru' oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star selepas dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Terma itu kemudiannya digunakan oleh media bagi merujuk kepada NFC selepas PKR melancarkan siri pendedahan berterusan yang menunjukkan dana projek itu telah disalah gunakan.

Pengarah strategik PKR, Rafizi mendakwa RM27 juta telah digunakan untuk pembelian tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut, yang diuruskan oleh Shahrizat dan keluarganya.

Aset syarikat itu telah dibekukan selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan. Shahrizat kemudian mengambil cuti selama tiga minggu untuk membenarkan siasatan dijalankan.

12 comments:

  1. serahkan saja pada pihak SPRM untuk menyiasat kes tu sehingga selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes itu masih lagi dalam siasatan, kita tuggu ja hasilnya.

      Delete
    2. ketelusan dalam siasatan haruslah wujud. harap yang benar2 bersalah akan mendapat hukuman setimpal.

      Delete
  2. Betulkah Rafizi Ramli akan mengambil alih jawatan ketua Wanita Umno? Adakah Rafizi akan keluar dari PKR demi jawatan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika dia berbuat begitu, mmg Rafizi seorang yang gila kuasa.

      Delete
    2. tidak mungkin Rafizi akan dapat mengambil alih jawatan tersebut. Shahrizat pasti akan terus kekal di kedudukannya.

      Delete
    3. acah2 saja ba tu.. takkan la wanita umno dipimpin oleh seorang lelaki..

      Delete
  3. Harap SPRM mampu mendapatkan maklumat yang lanjut dalam kes Sharizat-NFC ini. Semoga kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  4. Hopefully all findings will put this matter as soon as possible.

    ReplyDelete
  5. Pemimpin yang banyak skandal boleh menjejaskan kedudukan parti.

    ReplyDelete
  6. Kita harap kes ini akan dapat diselesaikan secepat yang mungkin.

    ReplyDelete
  7. pasal isu NFC, baik tidak perlulah buat apa2 kenyataan bagi membalas dakwaan pemimpin2 pembangkang.. macam mana sekalipun jawapan, tetap akan dinafikan, diputar belit atau diabaikan.. baik serahkan saja kes ini untuk disiasat..

    ReplyDelete