Oleh : CHANG SHAK HUNG
DI MANAKAH peruntukan untuk membaiki jalan? Tidak kira jalan di bawah kelolaan JKR, MPS ataupun konsesi, yang paling penting penduduk Sandakan, memerlukan jalan yang sempurna dan selamat untuk digunakan oleh semua pengguna di jalan raya.
Bukan seperti sekarang; jalan yang begitu teruk dan menyusahkan pengguna jalan, langsung tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkuasa tempatan, terutamanya Wakil Rakyat, yang sepatutnya membantu rakyat dalam mendapatkan peruntukan untuk membaiki jalan-jalan yang rosak dan langsung tidak memberi keselamatan kepada pemandu serta pengguna jalan.
Salah sebuah jalan yang amat menyusahkan pengguna jalan adalah di jalan ‘highway’ menuju ke Batu 8 berhampiran dengan Taman Anggerik kerana telah rosak teruk dan hanya diperbaiki melalui kaedah ‘pothole patching’ sahaja; seolah-olah kerajaan BN terlalu miskin.
Dalam perkataan lain, nampak saja lubang, cuma buat tampalan sahaja, ‘bagaikan pengemis menampal baju’. Sungguhpun aduan ini telah diajukan kepada MPS dan kaedah ‘pothole patching’ dilakukan, namun penyelesaian masalah ini langsung tidak berkesan.
Adakah kerajaan tiada peruntukan mahu memperbaiki jalan sepanjang 300 meter sahaja? Pemandu yang melalui kawasan ini terpaksa memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba sehingga 20-30 KM/j sahaja, walhal kenderaan yang melalui ‘highway’ ini adalah antara 70-90 KM/j.
Walaupun ada Wakil Rakyat, mereka tidak mewakili rakyat untuk mendapatkan hak prasarana yang sempurna. Ini bukan Wakil Rakyat namanya kalau hanya pandai mengeluh dan putih mata, seperti yang sedang dilalui oleh rakyat itu sendiri.
Sepatutnya mereka perlu mencari inisiatif dan peluang untuk mendapatkan peruntukan daripada pihak yang berwajib, untuk membantu rakyat terutamanya dari segi prasarana asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya.
Walaupun ramai Wakil Rakyat di Sandakan, namun pembangunan dan penyelenggaraan prasarana dibuat seperti 'tikus baiki labu'; sekadar untuk menghabiskan peruntukan dan bukannya untuk memastikan prasaranaan asas dinaiktaraf.
Ala...go and make a complain at MPS la...
ReplyDeleteHopefully this mater will be resolved for the convenience of the people in the effected area
ReplyDeletemana jalan yan rosak perlu diperbaiki dgn betul, jgn sekadar menampal sahaja.
ReplyDeletecara ini menjimatkan kos.
Deletejalan yang ditampal tetap tidak rata dgn boleh membahayakan pengguna jalan.
ReplyDeleteThose potholes should be patched properly so that the road surface is smooth.
ReplyDeleteThe public works department should make sure any upgrading or repairing works are conducted properly and up to standards.
ReplyDeleteIni kerja rambang ni. sepatutnya kalau ditampal pun buatlah elok sikit.
ReplyDeletebiasanya yang kena tampal semuanya macam tu. kerja jangan tidak saja ba tu.
Deletekenapa tidak salahkan kontraktor yang dipertanggungjawabkan.. sampai bila kita mampu menikmati hasil kerja berkualiti dari kontraktor tempatan jika asyik salah tuding jari??
ReplyDeletememerlukan jalan yang sempurna dan selamat untuk digunakan oleh semua pengguna di jalan raya. Itu yang kita mahukan sebenarnya sebagai seorang pengguna jalan.
ReplyDeleteJangan ingat mahu untung saja tapi kerja cincai.
ReplyDelete