Wednesday 29 February 2012

LAHIRKAN GENERASI CEMERLANG




CENDERAMATA....Abd Mastan menyampaikan cenderamata kepada Azizah sebagai tanda terima kasih.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

KELUARGA memainkan peranan dan tanggungjawab yang sangat penting merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek.

Menteri Pembangunan Masyarakata dan Hal Ehwal Pengguna Sabah berkata, bagi melahirkan generasi masa depan yang cemerlang ibu bapa mestilah bersedia menyahut cabaran untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang.

“Keluarga khususnya ibu bapa memainkan peranan untuk memimpin tangan dan membantu anak mereka dalam mengharungi kehidupan dengan cara yang paling efektif kerana keluarga merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan yang baik terhadap anak-anak kerana segala perbuatan dan tingkah laku ibu bapa pasti akan diikut oleh anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Motivasi Ibu Bapa Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Penyu dengan Anjuran Kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah, di Kuala Penyu.

Seramai kira-kira 500 peserta menyertai seminar itu terdiri daripada Ibu Bapa, kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar dan ahli persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekitar Kuala Penyu.

Hadir sama Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Penyu, Abd Mastan Ahmad, Pegawai Kumpulan Yayasan Sabah dan Ketua Eksekutif Sabah International Dynamic Management (SIDMA College), Prof Dr Morni Kambrie sebagai penceramah undangan.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berkata pembangunan negara adalah sejajar dengan pembangunan modal insan kelas pertama yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Beliau berkata Generasi yang berwawasan memiliki sikap-sikap positif seperti dinamik, proaktif, beriltizam dan berdaya saing.

“Tetapi apakah pula rahsia pembentukan generasi berwawasan yang mendukung pembangunan modal insan di negara ini? Dalam hal ini, ibu bapa perlu bersikap optimistik tidak kira dalam apa-apa keadaan demi memastikan anak-anak sentiasa berada di landasan yang betul dan seterusnya melahirkan anak yang sentiasa bersikap positif,” katanya

Selain itu katanya, ibu bapa turut memainkan peranan untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam keluarga.

“Suasana yang harmoni dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan gejala negatif. Apabila suasana ini dapat diwujudkan ikatan silaturahim antara keluarga akan lebih utuh dan dapat mengelakkan gangguan emosi anak-anak sekali gus membendung mereka daripada tergelincir dari landasan yang benar,” katanya.

SALAM......Azizah bersalaman dengan ibu bapa yang menyertai Seminar Motivasi Ibu Bapa Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Penyu.

Azizah turut menasihati agar ibu bapa tidak harus melimpahkan kemewahan terhadap anak-anak kerana ianya akan menyebabkan mereka lalai sehingga mengabaikan tanggungjawab utama mereka iaitu menuntut dan menimba ilmu.

“Ibu bapa harus bijak menguruskan kewangan anak-anak mereka dan mendidik mereka bagi mengelakkan mereka tergolong dalam golongan yang lalai dan rugi. Di samping itu, ibu bapa harus mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka,” katanya sambil meminta ibu bapa terus memberi dorongan semangat kepada anak-anak yang kurang berjaya untuk terus memburu kejayaan.

“Dalam hidup ini, setiap manusia yang memperoleh kejayaan pasti pernah menemui kegagalan pada suatu ketika dahulu. Dalam hal ini, jika anak-anak gagal dalam sesuatu perkara misalnya peperiksaan, ibu bapa tidak seharusnya menghukum mereka sebaliknya memberi dorongan dan menasihati mereka kerana seperti peribahasa Jepun 'pengalaman' ialah ibu segala kejayaan,” katanya

Azizah berkata Ibu bapa juga mesti mengutamakan didikan agama kerana ia merupakan aspek yang paling penting bagi membentuk generasi yang bermoral, bersih dari segi rohani dan jasmani.

“Ibu bapa bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak mereka kerana dengan pengetahuan agama yang menebal dalam diri, anak-anak dapat membezakan perkara yang benar dan batil. Natijahnya, ibu bapa dan keluarga memainkan peranan yang begitu penting dalam pembentukan modal insan dalam kalangan anak-anak mereka,” katanya.

9 comments:

  1. The family unit is the fundamental bock in forming as well as instilling the fundamental values within one's perspective as well as outlook in life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree with you, Dorian. Family is a fundamental block of instilling the right values and the right attitude in a child, which can affect them in the future.

      Delete
  2. Apart from that, society will reinforce this core values.

    ReplyDelete
  3. End of the day, It all boils down to the individual as to which values serves them well.

    ReplyDelete
  4. Hopefully after all factors being taken in, these 'modal insan' will be the next strata that will shoulder the responsibilities in leading the community, state as well as nation.

    ReplyDelete
  5. Parent's definitely played an important role in leading their children towards a successful path.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It all started from the home. How the parents train their children has big impact on them when they grow up.

      Delete
  6. Generasi akan datang yang menyambung usaha kita yang sekarang ini.

    ReplyDelete
  7. bagi melahirkan generasi cemerlang, semua pihak perlu bekerjasama termasuk parti2 politik pembangkang.. jangan terlalu gairah mengejar sokongan rakyat hinggakan pelajar atau belia2 kita dihasut mindanya untuk melakukan kerja2 yang tidak berfaedah..

    ReplyDelete