Tuesday, 28 February 2012

'WARTAWAN CINA' KURANG AJAR?




INSIDEN wartawan tercedera dalam perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang semalam meletus akibat provokasi dan penampilan mereka sendiri, yang digambarkan mengambil sikap memihak, dakwa Pemuda Umno setempat.

Timbalan Ketua Pemuda Umno Bukit Gelugor Novandri Hasan Basri (kanan) berkata, seorang daripada wartawan itu, Adam Chew dari harian Kwong Wah Jit Poh, menimbulkan kemarahan rakyat apabila 'bertindak sebagai benteng' kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Aksi wartawan suratkhabar Cina yang membangkitkan kemarahan anak muda Melayu," tulis Dr Novandri dalam blognya Dr MiM.

Beliau mendakwa lagi, Adam juga tidak memegang kamera dan memakai baju hijau seperti penyokong anti-Lynas.

"Walhal, dalam insiden di Padang Kota semalam, tiada seorang pun wartawan yang memegang kamera dan video dipukul atau cedera," tulisnya lagi.

Chew, 29, dilapor dibelasah dalam Himpunan Hijau di Padang Kota dan mendapat lapan jahitan akibat kecederaan di tangan.

Rakan sekerjanya Lee Hong Chun, 25, pula dilapor dipukul dengan topi keledar dan mengalami kecederaan kecil di kepala.

Chew mendakwa dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas, yang dilapor turut disertai pemimpin Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Manakala Pemuda PKR pula mendakwa Novandri muncul di kawasan insiden bersama 'samseng' yang membuat kecoh dan provokasi.

Sambil menggelar Adam sebagai 'wartawan Cina kurang ajar' dan 'lelaki kung fu cari pasal', Dr Novandri mendakwa media pro-pembangkang memuatarbelitkan peristiwa itu untuk menagih simpati orang ramai.

"Pada mulanya MiM mahu berlapik-lapik untuk memberikan laporan di dalam blog ini tetapi memandangkan ada pihak yang cuba menukar cerita sebenarnya, MiM dan rakan yang lain akan dedahkan semuanya!," tulisnya.

10 comments:

  1. tidak taulah cerita mana yang benar, yang pasti, perhimpunan tersebut bukan lagi perhimpunan aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu ada penjelasan kedua2 belah pihak untuk memastikan kebenaran perkara ini.

      Delete
  2. A sounded minded person would not be provoke by such instances

    ReplyDelete
  3. Botom line: The message to protests the mining activity of LYNAS has been conveyed.

    ReplyDelete
  4. Hopefully the government can address this matter intelegently

    ReplyDelete
  5. perhimpunan seperti ini sepatutnya tidak dilaksanakan. kesannya memang sama seperti perhimpunan Bersih yang dijalankan tahun lalu.

    ReplyDelete
  6. insiden seperti ini tidak akan berlaku jika tidak ada pihak yang menghasut rakyat untuk melakukan demonstrasi/kekecohan..

    ReplyDelete
  7. agaknya inilah perhimpunan aman yang dimaksudkan pembangkang.. menimbulkan huru hara, menjadikan rakyat sebagai perisai, mempolitikkan mana2 pesertanya yang tercedera...

    ReplyDelete
  8. Kalau tiada perhimpunan tiada la kejadian macam tu

    ReplyDelete
  9. Beginilah yang kita tidak mahu berlaku. Perhimpunan sebegini cuba akan memberikan masalah kepada pelbagai pihak.

    ReplyDelete