Oleh : MOHD NOOR FIRDAUS MOHD AZIL
ISU kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dijangka berterusan selagi Malaysia masih berada pada status negara membangun, ekoran permintaan tenaga kerja yang tinggi dalam sektor berkaitan, terutama pembinaan dan perindustrian.
Pemerhati sosioekonomi melihat Malaysia antara destinasi pilihan warga asing termasuk yang tanpa izin untuk mencari rezeki, berikutan kepesatan pembangunan dan kekukuhan ekonomi hasil perancangan kerajaan semenjak sekian lama.
Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berpendapat ketidakmampuan tenaga kerja tempatan menampung keperluan, membawa kepada kemasukan tanpa izin pekerja asing.
"Malaysia mempunyai peluang pembangunan cukup besar, lantaran, kita perlu ramai tenaga kerja dalam menampung kerancakan dan kepesatan pembangunan kita terutamanya dalam sektor industri. Ini menandakan pembangunan kita drastik.
"Dari satu sudut, kurang minat serta sikap tidak serius warga tempatan dalam memenuhi ruang vakum pekerjaan dalam industri-industri ini menyebabkan golongan majikan terpaksa mengambil jalan menggaji pekerja asing bagi memastikan sektor-sektor tersebut bergerak lancar," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Walaupun dari satu sudut tenaga kerja asing mampu menyelesaikan masalah permintaan tenaga kerja ini, namun untuk jangka masa panjang beberapa masalah sudahpun dikenal pasti dan dilihat akan memberi kesan kepada kestabilan negara.
Dalam menangani isu PATI, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) bagi mengesahkan kehadiran mereka daripada segi undang-undang.
Program yang mula digerakkan pada tahun lepas itu pada awalnya dilihat cukup berkesan, namun stastitik terkini KDN menunjukkan daripada lebih dua juta pendatang yang mendaftar tahun lepas, hanya sekitar 379,000 pendatang diputihkan termasuk 94,856 telah pulang ke negara masing-masing.
Sikap KDN yang sering menangguhkan tarikh tamat proses pemutihan 6P (terkini pada 10 April walaupun sepatutnya tamat pada 15 Feb lepas), mula menimbulkan rasa tertanya-tanya masyarakat mengenai keberkesanan program tersebut.
Bagaimanapun, Md Shukri berpendapat KDN tidak harus dipersalahkan sepenuhnya kerana proses itu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk penguatkuasaan, majikan dan pendatang tanpa izin terbabit.
"Program tersebut mampu dilaksana dengan berkesan seandainya semua pihak bekerjasama, jangan ada pihak yang bersikap lewa dalam menangani perkara ini dan meletakkan kesemuanya di atas bahu kerajaan saja.
"Mungkin adalah lebih baik kiranya program 6P tidak dijalankan secara adhoc, tetapi secara berterusan...kerana kita tahu selagi Malaysia sedang membangun, selagi itu tenaga kerja diperlukan, dan selagi itu Pati akan tertumpu ke Malaysia," katanya.
Bagi pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi dari Universiti Teknologi Mara, Dr Syarifah Syahirah Syed Sheikh, pelaksanaan program yang melibatkan, kementerian, Syarikat Pengurus (SP) yang dilantik sebagai pengantara, majikan dan PATI itu harus dipantau secara berkala.
"Tapi masalahnya sekarang, yang saya nampak secara umum ialah pelaksanaan, ada yang mungkin elemen-elemen pihak yang tidak bertanggung jawab ambil kesempatan," katanya.
Syarifah Syahirah berpendapat program 6P KDN merupakan satu usaha telus dan murni kerajaan dalam memastikan isu PATI ini dapat ditangani, namun beliau menyarankan agar program itu sentiasa diberi nilai tambah dan diperkasakan dengan lebih agresif serta teliti.
Namun, itu semua hanya usaha dari kerajaan Malaysia. Bagaimana pula dengan negara asal seperti Bangladesh, Myanmar, Filipina serta Indonesia yang merupakan penyumbang terbesar pendatang tanpa izin ke negara ini?
Menurut Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Muslim Malaysia (DPPMM) Jamal Nasir, satu memorandum persefahaman (MoU) di antara DPPMM sebagai salah satu SP, telah ditandatangani dengan wakil dari Partai Amanat Nasional Indonesia (PAN) iaitu Jatur Sapto Edy pada 16 Feb lepas, bagi merangka satu mekanisma dalam menangani masalah PATI ini.
Beliau berkata melalui memorandum tersebut, kedua-dua pihak akan bekerjasama mewujudkan Pusat Krisis PAN yang bertujuan memberikan perkhidmatan berintegrasi kepada PATI melalui proses 6P itu.
"PAN sebagai salah satu dari parti pemerintah, sedia untuk wujudkan pusat krisis yang akan menjadi satu mediasi, wadah untuk warga Indonesia yang bermasalah datang suarakan masalah.
"Jadi tujuan MoU itu adalah suatu program kemanusiaan di bawah DPPMM bersama-sama dengan PAN, kita angkat kepada kedua-dua pihak untuk kesejahteraan warga Indonesia khususnya yang berstatus PATI, dan fokus kita untuk bantu selesai masalah 6P," katanya. (BERNAMA)
Program 6P dilihat masih belum berkesan untuk menyelesaikan masalah PATI. harap RCI kan ditubuhkan segera.
ReplyDeleteprogram 6P sebenarnya mampu menyelesaikan masalah PATI jika badan pelaksana serius, teliti dan bersungguh2 melaksanakan program tersebut..
DeleteDalam menyelesaikan masalah PATI, kerjasama merupakan satu elemen yang sangat penting yang perlu disumbangkan oleh semua pihak. samada program 6P mahupun penubuhan RCI nanti, diharap semua pihak dapat memberi kerjasama yang padu.
ReplyDeletePATI harus dikurangkan di Sabah, kalau boleh lebih baik terus tiada di Sabah. Bikin semak saja.
DeletePerhaps the establishment of the RCI on illegal immigrants will be able to bring some light on this matter.
ReplyDeleteyup.. and hopefully our dream about to have RCI to solve the mother of problem in this state will come true..
DeleteThe finding of the RCI will aid in evaluating the existing 6P program.
ReplyDeleteApart from that, steps can be taken to either improve or design a separate program to complement the existing 6P program
ReplyDeletesedangkan pintu depan boleh tembus, inikan pula pintu belakang.. lebih baik kerajaan memberikan tumpuan kepada peningkatan penguatkuasaan di semua pintu masuk negara dan juga sempadan negara.. kemudian barulah tumpukan kepada penyelesaian isu PATI dalam negara..
ReplyDeletejika ada RCI, mgkin masalah PATI dpt diselesaikan.
ReplyDeleteTeruskan usaha menangani isu PATI di Sabah.
ReplyDelete