Monday, 27 February 2012

PAKATAN BATAL LYNAS JIKA PERINTAH



Oleh : NAZRI ABDULLAH

PAKATAN Rakyat kelmarin mengumumkan akan membatalkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp) sebaik mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 20,000 peserta Himpunan Hijau 2.0 di Padang Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, pagi kelmarin.

"Kami dari Pakatan Rakyat mengumumkan, sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, Lynas akan dibatalkan.

"Kami juga memberi jaminan semua tindakan merosakan alam sekitar, menibdas rakyat, merosakkan rakyat, akan kami tentang," tegasnya di atas pentas disambut laungan 'lawan tetap lawan' oleh para hadirin.

Pengumuman itu juga dilihat sebagai kemuncak kepada himpunan yang dihadiri pelbagai kaum hari ini.

Sebagai menyokong kempen Anti Lynas juga, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, satu usul tergempar akan dikemukakan di Dewan Rakyat pada persidangan parlimen Mac ini.

"Pada persidangan parlimen Mac ini, kita juga akan mengemukakan usul tergempar bagi menuntut kerajaan Barisan Nasional membatalkan Lynas," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Isu Lynas, ujarnya bukannya isu perkauman seperti yang sering didakwa Umno, tetapi adalah isu keselamatan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak pihak kerajaan mendengar suara dan bantahan rakyat berhubung isu itu.

11 comments:

  1. Good luck in their efforts to take over Putrajaya.

    ReplyDelete
  2. They are still not on the same page with a lot of matters.

    ReplyDelete
  3. satu lagi janji2 manis dari pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang giat memancing undi dengan membangkitkan isu2 hangat dekat2 PRU ni. rakyat jangan mudah terpedaya.

      Delete
  4. The government should consider the people's opinion on the Lynas Plant before implementing it.

    ReplyDelete
  5. Hope that the Lynas plant will be stopped as it was bad for the environment and the people's health.

    ReplyDelete
  6. pembangkang akan sentiasa mengambil kesempatan ke atas projek2 kerajaan yang dibantah oleh rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhimpunan tu adalah untuk perhimpunan bergaduh. tumbum menumbuk macam samseng.

      Delete
  7. jika Anwar membatalkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, agaknya berapa kerajaan Anwar pada waktu itu akan bayar pampasan kepada syarikat Lynas?? jika Anwar dapat berunding dengan syarikat itu tanpa dikenakan apa2 pampasan, itu lebih baik..

    ReplyDelete
  8. Kalau Pakatan mahu membatalkan kita tunggu saja nanti. Mungkin kerugian besar akan berlaku jika pembatalan ini berlaku adakah Pakatan akan lakukan atau tidak.

    ReplyDelete
  9. Janji politik saja bah ni..janganlah mengharap sangat beliau akan kotakan janji itu.

    ReplyDelete