Tuesday 28 February 2012

SABAH PENGELUAR UTAMA MINYAK SAWIT

SABAH masih mengekalkan prestasi sebagai pengeluar utama minyak sawit negara dengan mencatatkan peningkatan pengeluaran minyak kepada 5.84 juta tan atau 9.9 peratus pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata sokongan kerajaan dan penglibatan aktif pihak industri dalam membangunkan industri minyak sawit telah menyumbang kepada kemajuan industri sawit di negeri ini.

"Pada tahun ini, kawasan tanaman sawit negara telah mencecah seluas lima juta hektar meliputi 73.2 peratus kawasan tanah pertanian negara di mana Sabah mengekalkan kedudukan sebagai negeri yang mempunyai kawasan tanaman sawit terbesar dengan keluasan 1.43 juta hektar.

"Tambahan lagi, pengeluaran minyak sawit mentah pada tahun ini meningkat sebanyak 11.3 peratus iaitu daripada 16.99 juta tan pada tahun 2010 kepada 18.91 juta tan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemindahan Teknologi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini, Isnin.

Beliau berkata pengukuhan harga sawit di pasaran global turut menyumbang kepada peningkatan pendapatan eksport produk sawit dengan nilai eksport pada tahun ini mencatatkan peningkatan 34 peratus iaitu RM83.4 bilion berbanding dengan RM62.2 bilion pada 2010. (BERNAMA)

13 comments:

  1. industri kelapa Sawit adalah sumber pendapatan utama Sabah. moga ia akan terus berkembang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan adanya pembangunan dan penyelidikan dijalankan pasti pengeluaran dalam sektor ini akan terus bertambah.

      Delete
  2. oleh sebab itu Felda serta syarikat2 perladangan kelapa sawit yang lain perlu melaksanakan lebih banyak Corporate Social Responsibility di negeri ini..

    ReplyDelete
  3. The Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has expressed the importance and the pivitol role of the the oil palm industry in Sabah's economic development.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He said the industry also served as a catalyst for the development of other economic sectors such as transport, eco-tourism and livestock breeding.

      Delete
    2. Musa has emphasised that the oil palm industry, if managed systematically, can reap lucrative returns to the growers and contribute significantly to the state's economy.

      Delete
    3. Sabah is the largest producer of crude palm oil in Malaysia, accounting for 25 per cent of the country's total production.

      Delete
    4. In terms of export earnings, oil palm contributes 30 per cent of total income from exports.

      Delete
  4. Todate, 17,000 hectares of land have been planted with oil palm over the past three years.

    ReplyDelete
  5. The remaining 31,000 hectares would be developed in a more systematic manner.

    ReplyDelete
  6. Musa said the plantation programme has focused on all aspects of employee' welfare and this was a step in the right direction for any organisation to succeed.

    ReplyDelete
  7. "Employees, whose welfare are well looked after, will contribute positively towards output," he said.

    ReplyDelete