Wednesday, 29 February 2012

TABAH LANCAR HIMPUNAN '123 BANGKIT!'

Oleh : MOHD FIRDAUS M.N

BELA Tanah Rakyat Sabah (TABAH) dengan gabungan beberapa NGO lain akan mengadakan satu perhimpunan aman pada 12 Mac 2012 bagi mendesak Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah tanah adat yang semakin meruncing.

Setiausahanya, Lahirul Latigu berkata, perhimpunan tersebut adalah susulan penyerahan memorandum berhubung perkara berkaitan pada 18 November tahun lalu.

“Kita lancarkan sekali lagi gerakan ini, dengan satu perhimpunan aman besar-besaran di hadapan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri akan dilakukan sebelum penyerahan memorandum dibuat.

“Tindakan ini tidak bermotifkan politik tetapi berdasarkan momentum dan ketumbukan oleh empunya tanah. Sudah cukup rasanya dengan penderitaan, keluhan dan janji demi janji dibuat. Sudah lama rakyat bersabar, dan ini kali lah... rakyat sudah hilang sabar,” katanya.

Menurutnya, himpunan aman dengan akronim '123 Bangkit' itu merupakan Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat juga akan digerakkan di seluruh pelusuk Sabah.

“Himpunan '123 Bangkit' ini adalah di ambil sempena himpunan tersebut yang akan diadakan pada 12 Mac ini dengan kebangkitan rakyat Sabah secara besar-besaran,” ujarnya ketika mengadakan sidang media pelancaran '123 Bangkit' di Pejabat PAS Kota Kinabalu, kelmarin.

Katanya, kerajaan negeri seolah-olah tidak mempedulikan nasib rakyat terutama dalam masalah tanah sedangkan puluhan janji dan memorandum dihantar bagi mengatasi masalah ini.

Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) pada 2005-2010 turut mencatatkan masalah ini sudah terlalu kritikal. Tindakan kerajaan yang terus berdiam diri dan banyak berjanji ini terus mengundang rasa tidak puas hati dan tanda tanya banyak pihak selain menggambarkan keangkuhan kerajaan itu yang tidak menerima pandangan serta pendapat orang lain.

“Banyak tanah-tanah yang dirampas, yang masih tidak terbela. Semua ini tidak pernah ada penyelesaian konkrit yang menunjukkan Sabah, kerajaan yang begitu prihatin kepada rakyat.

“Sebab itulah, kita mahu lihat rakyat bangkit dalam himpunan kali ini. Kita mahu pihak kerajaan pandang serius isu ini,” ujar Lahirul.

Lahirul berkata, perhimpunan yang bakal diadakan berhampiran Wisma Innoprise dekat sini akan melibatkan beberapa NGO negeri termasuklah wakil-wakil parti politik.

Beliau turut menjangkakan 5,000 rakyat akan keluar pada hari tersebut bagi menyatakan pendirian terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang dilihat gagal melaksanakan amanah rakyat terutama dalam isu tanah.

12 comments:

  1. The land rights issue should be resolved so that the people's rights are protected.

    ReplyDelete
  2. The government should come up with a better solution to resolve this issue as soon as possible.

    ReplyDelete
  3. masalah di sabah dah lama timbul dan ia masih belum diselesaikan, ia perlu diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  4. Mengenai tanah di Sabah kerajaan telah pun mengumumkan akan membawa masalah ini kepada kabinet untuk diselesaikan.

    ReplyDelete
  5. They should not proceed with such rally.

    ReplyDelete
  6. Even though it is a peaceful rally, it will still cause great mass disturbance too the general public.

    ReplyDelete
  7. Best course of action is to wait for the outcome of this matter.

    ReplyDelete
  8. The State government is still deliberating this matter with experts who have in depth knowledge pertaining to this matter.

    ReplyDelete
  9. This move is welcome by Sabah Lawyers Association (SLA).

    ReplyDelete
  10. AWAS dengan Lahirul Latigu.. pemimpin PAS ini sememangnya mempunyai niat membudayakan demonstrasi jalanan di Sabah..

    ReplyDelete
  11. pemimpin parti lain mampu menyelesaikan masalah tanah di Sabah melalui peguam2 mereka.. tetapi Lahirul lebih suka memilih demonstrasi jalanan yang tidak demokratik dan tidak profesional..

    ReplyDelete
  12. No political motive but political parties representatives will be there???

    ReplyDelete