Wednesday, 29 February 2012

RM25 JUTA UNTUK JAMBATAN PULAU BUM BUM

KERAJAAN meluluskan peruntukan RM25 juta untuk melaksanakan kerja-kerja awal pembinaan Jambatan Pulau Bum Bum sepanjang 1.4 kilometer, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata kelulusan melaksana kerja awal itu diterima kementeriannya dua minggu lepas yang turut meliputi kelulusan melantik kontraktor untuk mereka jambatan yang akan menghubungkan Semporna dan Pulau Bum Bum.

"Kos pembinaan jambatan ini kelak dianggarkan sebanyak RM430 juta," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi projek menaik taraf Jalan Kalabakan-Sapulut, Selasa.

Shaziman berkata kerja awal terbabit mungkin mengambil masa setahun kerana selain melibatkan pembinaan di atas air, projek turut meliputi pembinaan jalan raya ke jambatan.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri termasuk Sabah dalam menyediakan infrastruktur seperti jalan raya untuk keperluan rakyat dan negara kerana menyedari pembangunan negara dan ekonomi negara kita akan terus bergerak," katanya. (BERNAMA)

12 comments:

  1. makin banyak projek2 yang keluar dekat2 PRU ni. harap2 semuanya akan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  2. moga jambatan tersebut akan dibina segera.

    ReplyDelete
  3. Semoga projek ini akan terlaksana sepenuhnya.

    ReplyDelete
  4. sebelum buat pengumuman, baik laksanakan dulu kerja2 pembinaan..

    ReplyDelete
  5. apa2pun, bagi saya Labuan lebih memerlukan jambatan memandangkan wilayah itu lebih sibuk dan mempunyai jumlah penduduk yang ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree. That would be better and easier. But the chances of smuggling also get higher.

      Delete
  6. This motion of building a bridge from Pulau Bum Bum is a waste of tax payers' money.

    ReplyDelete
  7. Sabah as a whole will not get any benefits if the Bum-Bum bridge is build other than as the article has pointed out serves only as a WHITE ELEPHANT.

    ReplyDelete
  8. There are more areas of immediate concern that needs our attention.

    ReplyDelete
  9. This includes Education, upgrading roads, developing rural infrastructure, the on going battle to reduce poverty within our state, just to name a few.

    ReplyDelete
  10. If the federal government liken the idea of building a bridge in Sabah, perhaps they should consider of building a bridge linking Labuan to the Sabah mainland (via Menumbok).

    ReplyDelete
  11. Labuan is afterall more develop and have economic value compare to that of Bum-Bum island.

    ReplyDelete