Tuesday, 28 February 2012

BELIA PERLU BERSEDIA JADI AGEN PERUBAHAN

CENDERA......Nazley menyampaikan cenderakenangan kepada Azizah sambil di perhatikan Nordin.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BELIA mesti bersedia dan memperlengkapkan keupayaan diri untuk menjadi agen perubahan bagi merealisasikan program tranformasi negara dalam menuju status negara maju menjelang 2020.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata belia perlu menyedari bahawa mereka adalah wira masa depan negara.

“Sebagai belia hari ini, anda perlu menyedari hakikat bahawa anda adalah pencorak masa depan negara ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju.

“Justeru itu belia harus berusaha membina kekuatan diri melalui peningkatan ilmu dan perubahan sikap untuk menjadi insan yang lebih proaktif, kreatif dan berdaya saing sebagai persediaan memikul tanggungjawab besar ini,” katanya ketika merasmikan Seminar Mengenal Pasti Potensi Diri Menuju Kecemerlangan di Dewan Baru Beaufort di sini.

Seminar yang dianjurkan Pejabat Adun Klias dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad itu dihadiri 325 pserta.

PROGRAM.....Kelihatan peserta mengikuti salah satu sesi pada program itu.

Azizah yang juga Adun Klias berkata usaha mengembleng tenaga belia perlu diadakan secara berterusan bagi memastikan kesinambung pembangunan secara holistik akan dapat terus diwarisi oleh generasi masa depan.

Katanya, kerajaan komited untuk terus membangun belia dalam semua aspek melalui pelbagai program yang bersesuaian mengikut perubahan dan keperluan semasa.

“Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan belia malah pelbagai program telah dilaksanakan merangkumi semua aspek seperti sukan, latihan kemahiran, ekonomi belia dan sebagainya. Belia mestilah bijak untuk memanfaatkan segala bantuan dan kemudahan yang disediakan kerajaan untuk memperkasa diri sendiri dan seterusnya mampu menyumbang sesuatu untuk masyarakat dan negara ini,” katanya sambil mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur.

Hadir sama, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Dun Klias, Saidih Musih; Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO), Amsir Dani; Pegawai Kementerian Belia dan Sukan (N) Daerah Beaufort, Nordin Ismail dan pengerusi penganjur, Nazley Harris.

8 comments:

  1. golongan belia perlu diberi perhatian, mereka adalah penentu masa depan negara.

    ReplyDelete
  2. The present youths should make full use of many courses as well as skill workshop to further enhance their repertoire.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terdapat kursus dan kemahiran yang ditaja penuh oleh kerajaan. tiada alasan untuk para belia ketinggalan.

      Delete
  3. When all is said and done, hopefully they are ready to step up to the plate and take on the responsibility to serve and lead our nation

    ReplyDelete
  4. kerajaan sentiasa menjalankan program2 yang baik untuk para belia. ini terpulang pada golongan belia sendiri bagaimana untuk memanfaatkannya.

    ReplyDelete
  5. saya setuju bahawa kerajaan tidak mengabaikan golongan belia setelah melihat pelbagai program dilaksanakan kerajaan sepanjang tahun khas untuk golongan ini..

    ReplyDelete
  6. Belia adalah pelapis kepada pemimpin yang sedia ada.

    ReplyDelete
  7. Maka kepentingan para belia tidak boleh diabaikan. Mereka ini juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan semasa.

    ReplyDelete