By : YAP SIONG HAN
BERDASARKAN kriteria Bank Dunia, rakyat perlu mencapai pendapatan per kapita sebanyak RM54 ribu setahun untuk menjadikan Malaysia diiktiraf sebagai negara maju berpendapatan tinggi.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata ketika kini pendapatan per kapita rakyat hanyalah di paras RM19 ribu. Ia bermakna negara perlu mencapai pertumbuhan ekonomi pada kadar sekurang-kurangnya 5.4 peratus setahun bermula tahun 2012 hingga 2020.
Atas kesedaran itu, katanya, kementerian telah menetapkan impak yang ingin dicapai di bawah Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dan seterusnya dengan strategi masing-masing.
“Bagi mencapainya, kita kena lipat gandakan usaha dan mengambil pendekatan baru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan melakukan pendekatan ‘Quantum Leap’.
“Ia merupakan pendekatan yang bersandarkan kecekapan, kemahiran, kepakaran dan penggunaan teknologi tinggi dengan mencontohi budaya kerja sektor swasta dalam usaha mengurangkan kos pengeluaran bagi meningkatkan daya saing sektor pertanian.
“Pada masa sama, kita juga perlu memandang ke depan kerana sumber-sumber pengeluaran utama kita semakin berkurangan,” katanya pada program roadshow dasar agromakanan negara di sini Khamis lalu.
Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, sudah tiba masanya untuk mengeksploitasi kelebihan yang sedia ada dengan lebih mantap sebagai pengeluar yang terhindar daripada penyakit yang merbahaya.
Menurutnya, kawasan persisiran pantai yang luas dan sesuai bagi kegiatan akuakultur serta tanah-tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk kebanyakan tanaman tropika yang boleh dikomersilkan perlu dieksploitasi secara optimum.
Yahya berkata, komoditi-komoditi itu perlu dibangunkan dengan menggunakan pendekatan-pendekatan moden dan teratur serta mengambil pendekatan ‘Blue Ocean Strategy’ melalui penciptaan pasaran terbuka tanpa persaingan dan menghindari persaingan yang nyata.
“Saya berharap dasar ini dapat dijadikan panduan bukan sahaja oleh jabatan dan agensi kerajaan tetapi juga pihak swasta, petani, penternak dan nelayan yang merupakan pemain utama industri agromakanan negara,” katanya. (theborneopost)
Who would have thought that one of the criteria of obtaining 'advance nation' status is the anual income of it's citizens.
ReplyDeleteHopefully we will be able to achieve this status in line with the 2020 vision
ReplyDeletemasih ada lebih kurang 9 tahun untuk tempoh merealisasikannya.
Deleteagak sukar untuk dicapai tapi tidak mustahil selagi ada usaha.
ReplyDeleteMalaysia still have a long way to go, hopefully we are beginning to take the necessary steps towards a developed high income country.
ReplyDeleteMore efforts and specific plans are needed in order for the country to achieve 5.4% growth in our economy.
ReplyDeletebuat masa ini tidak ramai yang mampu mencapai pendapatan seperti itu. namun, jika berusaha, pasti kita dpt mencapainya.
ReplyDeletekalau begitu kriterianya, confirm tidak boleh maju la Malaysia.. mana ada syarikat2 di negara ini yang sanggup membayar gaji tinggi untuk kerja2 ringan atau kerja2 yang tidak memerlukan kelulusan atau kemahiran tinggi..
ReplyDeleteakhirnya untuk mencapai tahap pendapatan 54 ribu setahun itu hanya akan dicapai jika rakyat sendiri mempunyai initiatif untuk memajukan taraf hidup mereka..
ReplyDeleteharap perancangan berjalan dengan lancar dan dapat meningkatkan per kapita Sabah.
DeleteUntuk mencapai negara maju berpendapatan tinggi perlu setiap orang mendapat pendapatan setahun sebanyak RM54 ribu. Namun yang kebanyakkan cuma mendapat RM30 ribu kebawah. Masih jauh perjalanan untuk mendapat RM54 ribu.
ReplyDeletePemimpin dan rakyat kena saling bekerjasama untuk realisasikan target itu.
ReplyDelete