Tuesday 28 February 2012

LDP TAGIH KERUSI SEPANGGAR

SERAH....Loretto menyerahkan borang keahlian LDP Karambunai kepada Setiausaha Penganjur, Yong Wui Chung, sambil diperhatikan oleh V.K Liew .

Oleh : ROZIE JUMAT

PARTI Liberal Demokratik (LDP) adalah parti yang memperjuangkan rakyat negeri Sabah dan parti itu juga mempunyai keahlian yang ramai dari kalangan Bumiputera.

Ketua Bahagian LDP, N.12 Karambunai, Loretto S.Padua Jr berkata, ramai yang menganggap LDP adalah semata-mata untuk kaum Cina, hakikatnya ramai bangsa lain bersama berjuang di dalam parti itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Ahli Jawatan Kuasa Bahagian N.12 Karambunai (Sepanggar) di Kelab Cherry yang dirasmikan oleh Presiden parti, Datuk V.K Liew dan turut dihadiri oleh Setiausaha Agung, Teo Chee Kang dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti berkenaan.

Katanya, ketika beliau membawa dengan bangganya bendera parti itu di Kursus Simulasi Pilihanraya BN di Tuaran, ramai yang bertanya kepadanya, kenapa dia menyertai parti Cina.

“Itulah persepsi yang dilontarkan, namun saya menyatakan bahawa LDP adalah parti yang bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) dalam memperjuangkan rakyat Sabah, perjuangan kita adalah sama demi negeri ini, “ kata Loretto.

Sebagai seorang yang dianggap baru dalam politik, beliau mendapat tunjuk ajar dan kerjasama yang baik dari pemimpin atasan parti yang mencurahkan nasihat dan pengalaman. Bahkan kata Loretto, ramai yang berjawatan di dalam parti itu yang bukan Cina.

Namun katanya, sejauh mana seseorang itu mahu memikul tanggungjawab yang besar dalam parti haruslah mempunyai hati yang ikhlas.

“Jika kita rela memikul tanggungjawab tetapi tidak buat kerja tiada guna, begitu juga walaupun kita berkeupyaan tetapi tidak rela buat kerja pun tidak bermakna,” kata Loretto, yang mencipta sejarah sebagai seorang Ketua Bahagian dari kalangan Bumiputera yang pertama dalam parti LDP.

Sejak V.K.Liew mengambil alih jawatan Presiden daripada Tan Sri Chong Kah Kiat pada tahun 2006, LDP telah menambah 5 buah kawasan iaitu Merotai, Senalang, Liawan, Sulaman dan Karambunai.

Sehubungan itu, Loretto turut meminta pucuk pimpinan LDP agar memohon kawasan Sepanggar yang dikosongkan oleh SAPP yang meninggalkan BN untuk ditandingi oleh parti itu pada pilihanraya yang akan datang

LANCAR.....Potong kek bagi meraikan pelancaran LDP Karambunai oleh VK Liew, Loretto bersama AMT LDP yang lain.

“LDP bersama dengan sokongan serta kerjasama dari parti-parti komponen yang lain pasti akan mengembalikan kerusi itu kepada BN kerana rakyat tahu hanya BN yang mampu membawa kestabilan dan pembangunan berterusan kepada rakyat,” ujar Loretto.

Katanya, LDP layak bertanding di Sepanggar, namun terserah kepada pucuk pimpinan untuk memutuskannya melalui konsep perkongsian kuasa yang diamallkan selama ini.

Sempena majlis itu, sebanyak 500 borang keahlian baru diserahkan. LDP N.12 Karambunai telah diwujudkan setahun yang lalu. Loretto adalah seorang peguam yang berasal dari Keningau.

10 comments:

  1. Regardless, end of the day, the people will have the final say.

    ReplyDelete
  2. GOOD LUCK DAP. YOU'LL GONNA NEED IT...

    ReplyDelete
  3. Hopefully the people will make the right choice.

    ReplyDelete
  4. moga pembahagian kerusi BN di Sabah dilakukan dgn adil.

    ReplyDelete
  5. boleh tagih kerusi tapi jangan tamakkan kerusi pula.

    ReplyDelete
  6. LDP sememangnya parti yang bukan berasaskan kaum.

    ReplyDelete
  7. tuntutan kerusi sepanggar ini tidak perlu bawa ke media.. bawa perkara ini untuk dibincangkan secara tertutup dikalangan pemimpin2 komponen BN..

    ReplyDelete
  8. saya tidak kisah siapapun yang dapat kerusi itu, yang penting sekali bukan umno.. berikan keutamaan kepada parti tempatan Sabah..

    ReplyDelete
  9. Ada lebih baik akur dengan pembahagian kerusi.

    ReplyDelete
  10. Kita tengok juga nanti bagaimana lagipun Kerusi sepanggar sekarang ini dibawah Datuk Zainab BN juga.

    ReplyDelete