Monday 27 February 2012

BUKAN TAK TURUN, TAPI KURANG LIPUTAN

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata menteri kabinet seperti beliau bukan tidak turun padang, sebaliknya kurang mendapat liputan berita.

“Hari ini saja, saya ada lapan program di Pontian, malam ini di sini, dan esok tiga program di Sabah,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Penerangan Perdana Parlimen Kuala Selangor malam Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany.

Selaku Ketua Penerangan UMNO dan Barisan Nasional (BN), Ahmad berkata beliau kerap turun padang bersama rakan dalam kabinet untuk memperjelaskan sesuatu isu, selain memeriksa dan menguji persediaan serta persiapan jentera parti komponen itu.

Ahmad berkata penerimaan rakyat, terutama bangsa Melayu dan India, terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin meningkat dari sehari ke sehari menerusi maklum balas orang ramai dalam program yang mereka hadiri.

Sehubungan itu, jentera BN diharap bergerak seiring dengan penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Najib agar momentum yang dibina daripada program BN sebelum ini dapat diteruskan sehingga mampu menawan kembali Selangor, katanya.(BERNAMA)

10 comments:

  1. Rupanya ada juga menteri yang kurang mendapat liputan media. apapun diharap mereka ni menjalankan tugas yang sudah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

    ReplyDelete
  2. Najib pasti terus mendapat sokongan daripada rakyat jika sering mendekatkan diri kepda rakyat dan menjaga kebajikan mereka.

    ReplyDelete
  3. It's not about the media coverage that should be take into account, but rather how much effort that hs already being done to help the people.

    ReplyDelete
  4. Hopefully all ADUNs and MPs have perform their duties in their respective constituencies with integrity and honour.

    ReplyDelete
  5. jgn hnya kerana dia kurang mendapat liputan, maka kita menganggap dia tak buat kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemenangan sewaktu pilihanraya membuktikan bahawa mereka bekerja untuk rakyat..

      Delete
  6. itulah yang sebenarnya tidak diketahui oleh rakyat.. tidak seperti pemimpin2 pembangkang yang sentiasa diapit oleh media2 mereka kemana sahaja mereka berada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang pergi mana2 pun kena ada press.

      Delete
  7. Teruskan mendekati rakyat bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

    ReplyDelete
  8. People, don't easily fall into opposition propaganda.

    ReplyDelete