Tuesday 28 February 2012

BEAUFORT LAHIRKAN JAGUH BOWLING PADANG



GONG.....AZIZAH memukul gong perasmian Klinik Bowling Padang di Kolej Vokasional Beaufort.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

SERAMAI 100 pelajar dari sekolah menengah telah menyertai Klinik Bowling Padang Kolej Vokasional Beaufort (KVB) 2012 di Dewan KVB di Beaufort baru-baru ini.

Selain tuan rumah, empat sekolah telah menghantar peserta pada Program sehari anjuran KVB dan Persatuan Bowling Padang Sabah (PBPS) itu, iaitu SMK Beaufort, SMK Beaufort II, SMK Beaufort III dan SM St John Beaufort.

Majlis perasmian program itu disempurnakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pngguna sabah, Datuk Azizah Mohd Dun.

Hadir sama, Penolong Kanan Ko-Kurikulum KVB, Othman Che Ramli, Pegawai Kementerian Belia dan Sukan (N) Beaufort, Nordin Ismail dan Pengerusi Persatuan Bowlin Pandang Beaufort, Ali Hassan Ibrahim.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias dalam ucapannya berharap usaha ke arah melahirkan atlet Daerah Beaufort yang berkualiti dapat diadakan secara berterusan.

“Program seperti ini, bukan sahaja sukan bowling, perlu diadakan mengikut secara berterusan bagi melahirkan jaguh-jaguh sukan dari dari ini yang dapat dibanggakan hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya sambil mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada atlet bowling padang KVB yang berkaya merangkul tiga pingat emas dan dua gangsa pada kejohanan Saga IV di Keningau tahun lalu.

Beliau turut menyeru agar atlet pelajar mempunyai komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam bidang sukan yang diceburi untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

GOLEK........AZIZAH menggolekkan bowling sambil diperhatikan Othman, Nordin, Ali Hassan dan para peserta.

9 comments:

  1. Hopefully the general public will make full use of this clinic.

    ReplyDelete
  2. In the future , hopefully there will be more champions in this sport from Sabah.

    ReplyDelete
  3. aktiviti seperti ini memang bagus untuk mencungkil bakat2 terpendam para pelajar/golongan belia.

    ReplyDelete
  4. semoga lebih ramai jaguh2 sukan Sabah yang akan tercipta untuk mewakili peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

    ReplyDelete
  5. syabas dan teruskan mencungkil bakat2 belia muda kita..

    ReplyDelete
  6. Mari kita sama-sama memajukan sukan untuk negara.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum
    Alhamdulillah..
    trima kasih pada semua yang menjayakan program
    semuanya berjalan lancar
    insyaAllah...boling padang beaufort akan bertambah mantap
    program terbaru, 17.03.2012
    seramai 40 orang pelajar dari sekolah di sekitar beaufort akan dibawa ke stadium likas untuk mengikuti ujian kelayakan sebagai atlit boling padang yang akan mewakili Daerah Beaufort.

    ReplyDelete