Tuesday 28 February 2012

NURUL IZZAH NYARIS JADI MANGSA

SATU lagi usaha mengganggu ceramah Pakatan Rakyat dilaporkan malam semalam dan kali ini kejadian berlaku di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang.

Kali ini, yang nyaris menjadi mangsa kali ini adalah Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar.

Ceramah itu didakwa diganggu oleh ahli Umno yang dengan senagja memasang pembesar suara di sebuah kedai kopi di mana Nurul Izzah dan Nik Nazmi dijadual berucap mulai jam 9 malam hingga tengah malam.

"Pemimpin PKR tempatan telah mendapat kelulusan polis untuk kita berucap tetapi sebelum majlis bermula mereka menerima ugutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mahu mereka membatalkan ceramah itu.

"Sepanjang ucapan saya kira-kira 20 hingga 30 minit, mereka memainkan lagu dan muzik dengan kuat bagi mengalihkan perhatian orang ramai.

"Pada mulanya, kami sangka bunyi itu datangnya dari konsert, kemudian, kami dapati bahawa mereka sebenarnya menganjurkan satu sesi karaoke," katanya.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila tiba giliran Nurul Izzah untuk berucap, kata Nik Nazmi, dengan kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil mencaci dan melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan ketua umum PKR itu.

“Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepar Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno,” kata Nik Nazmi.

Nurul Izzah pula dalam raeksi awalnya berkata beliau bersyukur kerana selamat tetapi memberi jaminan tidak akan gentar dengan gelagat liar berkenaan.

“Bersyukur pulang dengan selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.

“Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya,” katanya di Twitter pada jam 1 pagi semalam.

Skim penempatan Felda itu terletak di kawasan parlimen Paya Besar dan kini dipegang oleh Abdul Manan Ismail dari Umno.

Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat PKR pada jam 3 petang hari ini.

Kejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Semalam, perhimpunan solidariti Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade yang dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng turut diganggu oleh kumpulan yang dianggotai oleh pemimpin Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.

13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Awal bulan ini pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

7 comments:

  1. makin ramai ahli parti yang bertindak dan berkelakuan seperti samseng. perbuatan seorang mampu memburukkan imej keseluruhan parti. jadi, harus kawal tingkah laku.

    ReplyDelete
  2. They really took the phrase 'ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS' put of context!

    ReplyDelete
  3. Orang2 dalam poltik harus la tahan lasak. tu adalah cabaran2 dalam arena politik.

    ReplyDelete
  4. betulkah yang melakukan sabotaj itu adalah dikalangan ahli2 umno?? atau rakyat biasa yang menolak perjuangan Pakatan?? asal ada pihak yang menentang mereka, pasti dikatanya ahli umno, seolah2 semua rakyat biasa menyokong mereka..

    ReplyDelete
  5. sebelum menyalahkan umno terhadap semua provokasi itu, baik pemimpin2 pakatan lihat dahulu agenda politik mereka dan kepimpinan mereka..

    ReplyDelete
  6. Kalau benar ada bukti diugut SMS. Berikan bukti kepada pihak polis. Setiap nombor yang didaftar pasti ada yang punya.

    ReplyDelete