Monday 27 February 2012

SLOGAN SABAH PERKECILKAN RAKYAT



KETUA Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpedaya dengan propaganda dan slogan pembangkang 'Sabah for Sabahan' yang jelas memperkecilkan kemampuan sebenar rakyat Sabah.

Beliau berkata, slogan itu menunjukkan seolah-olah pemimpin Sabah hanya layak jadi pemimpin di peringkat negeri sedangkan kemampuan rakyat Sabah adalah lebih jauh daripada itu.

Bagi BN slogan yang sesuai untuk rakyat Sabah ialah ‘Rakyat Sabah Memimpin Malaysia’ selaras dengan kejayaan rakyat negeri ini memegang jawatan penting dalam pelbagai kementerian dan agensi selain sebagai menteri dan timbalan menteri persekutuan, katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat isu-isu semasa kepada UMNO Bahagian Kalabakan, kelmarin.

"Ada yang menjadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Zinin. Ada yang menjadi Peguam Negara, iaitu Tan Sri Abdul Ghani Patail dan pelbagai lagi jawatan di seluruh kementerian.

"Tentunya, seperti kita sedia maklum, (ada) menteri-menteri dan timbalan menteri persekutuan daripada Sabah. Kalau saya tidak silap semuanya sembilan menteri dan timbalan menteri,” katanya.

Menurut beliau, BN memberi pentas yang cukup luas kepada pemimpin dari Sabah untuk memberi khidmat dan bakti kepada rakyat di negara ini sama ada dalam Umno, BN ataupun dalam kerajaan melalui kementerian dan pelbagai agensi.

"Semangat ini perlu ditanamkan dan perlu memberi motivasi kepada rakyat Sabah bahawa orang-orang Sabah mampu untuk berbuat demikian. Kalau ada satu tajuk yang saya boleh berikan (maka tajuk itu) ialah 'Rakyat Sabah Pemimpin Malaysia', katanya. (BERNAMA)

18 comments:

  1. The opposition is so narrow minded.

    ReplyDelete
  2. They only confined or restricted the capacity of Sabahans within the boundaries of the state

    ReplyDelete
  3. There are many Sabahan minister holds key position at the federal ministry level.

    ReplyDelete
  4. This gives Sabahan a clear platform to voice out the concerns of Sabahans at the Feredal level.

    ReplyDelete
  5. This is just another futile attempt by the opposition to confuse the masses.

    ReplyDelete
  6. pembangkang sengaja nak mainkan isu ini. nak jadi hero kunun.

    ReplyDelete
  7. rakyat jgnlah mudah terpedaya dgn kata2 pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I don see much different between BN & opposition. Whoever than can strike more for the people, indeed the best choice.

      Delete
  8. itu slogan si YTL tu.. kunun Sabah for Sabahan, tapi kalah juga masa PRK batu sapi..

    ReplyDelete
  9. sekadar melaungkan slogan dan janji2 manis, tu perkara mudah saja tu.. saya pun boleh buat.. tapi bila sudah diperingkat pelaksanaan, masing2 cari alasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini juga kelemahan parti yang gagal melaksanakan janji. Ini cuma membawa impak yang amat negatif juga.

      Delete
  10. Just a slogan, not necessary to pay too much attention on these.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True. There are more crucial issues need to be focused on.

      Delete
  11. Menilai janji-janji manis dan slogan semua parti. Janji senang dibuat tetapi bukan senang untuk direalisasikannya.

    ReplyDelete
  12. Im sure the slogan doesn't mean much, just hoping Sabah can do better with better budget 2012.

    ReplyDelete
  13. Nampak semangat penduduk Sabah mula membara untuk memastikan Sabah untuk Sabahan. Kerajaan perlu memainkan peranan penting bagi menyelesaikan perkara sebegini.

    ReplyDelete
  14. Teruskan borneosasi di Sabah.

    ReplyDelete
  15. Apa pun bentuk selogan tiada masalah, semua selogan ke arah kebaikan. Yang menjadi masalah apabila slogan dipolitikan. SABAH FOR SABAHAN mempunyai makna yang semangat petriotik. RAKYAT SABAH MEMIMPIN MALAYSIA taida masalah bagi orang Sabah, tapi pada orang di negeri lain akan merasa tercabar dengan slogan itu. Pada Saya lebih baik selogan SABAH BOLEH. Slogan ini lebih bersifat mesra rakyat dan ada semangat

    ReplyDelete