KERAJAAN negeri menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meningkatkan jumlah guru Kursus Asas Fardu Ain (Kafa) selaras dengan pertambahan jumlah murid, kata Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.
Beliau berkata, kini terdapat 1,651 kelas Kafa di Sabah dengan jumlah murid seramai 44,646 orang dan 2,000 orang guru.
"Kerajaan akan menyediakan pelbagai kemudahan prasarana dan latihan serta kebajikan kepada guru-guru pendidikan Islam termasuk kepada Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat bagi membimbing anak-anak umat Islam di negeri ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Islam Peringkat Pengajian Rendah Negeri Sabah di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah di sini hari ini.
Nasir turut mencadangkan satu dana latihan bagi guru-guru Kafa disediakan bagi memberikan latihan konsisten berikutan bilangan guru yang mencecah hampir 2,000 orang.
Beliau turut berharap Jakim dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri bagi menganjurkan program seperti konvensyen itu agar menjadi instrumen kepada guru-guru untuk memperkasakan diri sebagai guru-guru agama yang efisien dan produktif. (BERNAMA).
This is a good measure to ensure the young ones are provided with proper religious educations by people who are well verse in such matters.
ReplyDeleteSo that the youngsters will be able to grasp the correct concept of religion.
DeleteHopefully other faiths too will take the same step to instill religious knowledge as well as moral values among the youngsters.
ReplyDeleteselain ilmu pendidikan duniawi, kerajaan juga sedar pentingnya ilmu pendidikan agama/kerohanian untuk membentuk para pelajar menjadi insan yang baik.
ReplyDeleteHopefully necessary programs can help the teachers improve their teaching method in the religious lessons.
DeleteTindakan kerajaan untuk menambah bilangan guru Kafa juga membuka peluang kepada para graduan yang telah mengambil pengajian yang berkaitan untuk mengisi kekosongan tersebut.
ReplyDeleteHarap2 dari Sabah juga.
Deleteasas fardu ain perlu diketahui oleh seluruh umat Islam, ia penting kerana ia adalah asas kepada akidah.
ReplyDeleteAkidah yang kuat dapat membendung seseorang daripada terpesong dari ajaran sebenar.
Deletepenambahan guru Kafa adalah berita baik kepada penduduk yang beragama Islam di Sabah.. pastikan ianya benar2 dilaksanakan..
ReplyDeleteJangan ambil mudah mengenai perkara ini. Kekurangan guru kafa menyebabkan ramai yang tidak tahu membaca jawi.
ReplyDelete