Sunday 26 February 2012

KDN SIASAT ISU KANAK-KANAK 'STATELESS'

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) telah menghantar pasukan khas ke Sabah dua hari lepas untuk menyiasat dengan lebih terperinci isu berkenaan kanak-kanak tidak berwarganegara di negeri terbabit, kata Menterinya Datuk Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata pihaknya akan menumpukan kepada beberapa kawasan di Sabah seperti Semporna dalam usaha menyelesaikan masalah berkenaan.

"Isu itu amat dekat dengan saya dan hari ini saya memberikan komitmen untuk menangani masalah itu dengan bersungguh-sungguh," katanya kepada pemberita di Kluang, Johor, kelmarin.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Agensi Anti Dadah Peringkat Kebangsaan di Taman Sri Lambak, di sini.

Hishammuddin berkata usaha mencari penyelesaian teradap isu kanak-kanak tidak berkewarganegaraan di Sabah memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk pemimpin tempatan dan agensi-agensi kerajaan.

Katanya dengan menggunakan pendekatan baru seperti teknik DNA, KDN dapat mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan daripada mereka yang menghadapi masalah untuk berbuat demikian.

Beliau berkata di dalam tempoh dua tahun ini sahaja beliau secara peribadi telah menandatangani kira-kira 200,000 dokumen permohonan kewarganegaraan, penduduk tetap dan lain-lain lagi.

"Ia membuktikan bahawa KDN dan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi tranformasi kerajaan benar-benar mengotakan janjinya untuk membantu rakyat yang menghadapi masalah.

"KDN dan Perdana Menteri telah membuktikan apa yang dijanjikan akan dilaksanakan dan tidak mempolitikkan isu," katanya sambil menambah isu berkenaan kewarganegaraan hanya digembar-gemburkan untuk menaikkan emosi.

Pegawai-pegawai KDN katanya, akan terlibat dengan program mengenal pasti mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan penempatan Orang Asli yang memerlukan bantuan di dalam isu kewarganegaraan.

Mengenai pasukan khas yang dihantar ke Manila untuk mengenal pasti sama ada pengganas warga Malaysia, Zulkifli Hir @ Marwan benar-benar telah terbunuh dalam serangan pihak berkuasa Filipina di Pulau Jolo baru-baru ini, Hishamuddin berkata proses mengenal pasti masih berjalan.

"Proses mengenal pasti secara rasmi dan tepat mengambil masa," tambahnya.

Pihak berkuasa Filipina mendakwa pakar bom dari kumpulan Jemaah Islamiyah tersebut serta rakannya Amin Bacho dan Jeknal Adil terbunuh apabila khemah mereka di hutan Pulau Jolo dibom oleh pesawat tentera republik itu. Zulkifli berasal daripada Muar. (BERNAMA)

30 comments:

  1. Kanak2 'stateless' ni merupakan anak2 warga PATI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We can't assume that all stateless children belongs to the PATI.

      Delete
    2. Just investigate and identify their background.

      Delete
  2. Dengan tertubuhnya RCI pasti semua mereka yang diragui ini akan disiasat kewarganegaraan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI perlu bagi selesaikan hal ini.

      Delete
    2. Kerajaan persekutuan harus membuat tindakan cepat untuk menubuhkan RCI.

      Delete
  3. What should we do about these stateless kids? They are not technically Sabahans, but they have nowhere to go if we were to send them away.

    ReplyDelete
    Replies
    1. they ought to be send to the orphanage home in their own country.

      Delete
  4. Stateless kids have worst fate than illegal immigrants, at least they have a country of origin and can be send back. Its a dilemma how to solve this problem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pity. What happened is not their wish.

      Delete
  5. kena pastikan samada kanak2 tersebut benar2 warganegara atau PATI.

    ReplyDelete
  6. jangan silap bagi kewarganegaraan di sabah.. silap sikit, yang diluluskan bukan penduduk tempatan, tetapi anak2 pendatang haram..

    ReplyDelete
  7. baik kerajaan persekutuan mempercepatkan juga penubuhan RCI untuk menyelesaikan masalah PATI dan projek IC di negeri ini..

    ReplyDelete
  8. Warganegara atau PATI harus diselesaikan masalah tersebut juga.

    ReplyDelete
  9. "Ia membuktikan bahawa KDN dan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi tranformasi kerajaan benar-benar mengotakan janjinya untuk membantu rakyat yang menghadapi masalah.

    Semoga program transformasi mencapai target untuk membantu rakyat.

    ReplyDelete
  10. Penyiasatan harus dibuat untuk mengenalpasti masalah. Masalah ini tidak harus berlanjutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas siasatan harus ada tindakan yang sewajarnya.

      Delete
  11. bagus kalau KDN bersungguh-sungguh bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di Sabah ini.

    ReplyDelete
  12. Since 2006, children who have no documents to prove their nationality have not been able to access government services, including health and education.

    ReplyDelete
  13. While documents are available upon application, the criteria and process for application is restrictive.

    ReplyDelete
  14. Many parents in the migrant worker and indigenous communities do not know the application procedure to obtain the documents or simply cannot afford the travel costs or middlemen pay-offs required to get a child registered.

    ReplyDelete
  15. In addition, Malaysia does not practice or guarantee citizenship by birth alone.

    ReplyDelete
  16. A child must have a parent with a Malaysian Identity Card to confirm citizenship. Foreign parents have to register newborns with their respective consulate office.

    ReplyDelete
  17. Indonesia has a consulate office in Kota Kinabalu (the capital of Sabah), but this means extra travel costs for the parents, which many cannot afford.

    ReplyDelete
  18. The Philippines does not have a consulate in Sabah. Foreign workers are not allowed to marry, according to the immigration laws of Malaysia, and hence migrant marriages are conducted through customary or religious rites only.

    ReplyDelete
  19. When a couple has a child, they are unable to register the birth because they are not legally married.

    ReplyDelete
  20. Whether the issue is legal status, poverty, or distance, the number of stateless children in Sabah is rising.

    ReplyDelete
  21. These children, mainly from Indonesian and Philippine plantation workers, grow up on palm oil plantations and face a childhood without a single day in school.

    ReplyDelete
  22. Others spend their childhood on the streets, as child laborers, and are exposed early to social ills like glue sniffing, drugs, petty crime, or child abuse.

    ReplyDelete
  23. According to surveys, in certain areas more than 50 percent of children without schooling end up working as child laborers.

    ReplyDelete