Wednesday 29 February 2012

'HUGUAN SIOU' MELUDAH KE MUKA SENDIRI?



"SIANG Malam Dr Jeffrey memikirkan untung-nasib rakyat Sabah, tetapi abangnya, Pairin sanggup berkata demikian?" tanya Julian Lian, pegawai khas pemimpin Parti Reformasi Negeri (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebagai mengulas tindakan Pairin menyifatkan adiknya, Jeffrey sudah 'mati'.

Julian, yang sentiasa berada bersama Jeffrey, menepis cubaan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menimbulkan syak-wasangka rakyat terhadap perjuangan adiknya.

Julian, dalam kenyataan pedasnya berkata, Pairin seperti sudah terdesak dalam kenyataannya yang berbaur serangan peribadi dan memperkecil-kecil kepimpinan Dr Jeffrey yang semakin mendapat sokongan padu rakyat; khususnya di kawasan Kadazandusun dan Murut, kawasan tradisi PBS yang selama ini menyokong Pairin tapi sudah mual dengan kepimpinan lembab beliau.

Jauh daripada tohmahan buruk Pairin, kata Julian, beliau melihat siang dan malam, Dr Jeffrey tidak berhenti melawat banyak kawasan yang menjadi mangsa kerakusan para pemimpin Barisan Nasional sambil menerangkan hak-hak rakyat Sabah seperti termaktub dalam banyak dokumen termasuk Perjanjian Malaysia, 20 Perkara, Laporan Cobbold dan laporan-laporan lain termasuk oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Majlis-majlis United Borneo Front (UBF) yang diadakan di lebih 400 tempat dan mendapat sambutan begitu hangat adalah semata-mata menjelaskan sejarah penubuhan Malaysia dan hak-hak Sabah serta pelanggaran terhadap hak-hak ini terutama sekali oleh kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO dan disokong oleh Pairin dan PBS serta rakan-rakan mereka yang bersetuju dan bersekutu terhadap dasar-dasar menindas UMNO dan BN.

Bukankah penting kata Julian, menyedarkan rakyat kita tentang sejarah sebenar Sabah dan penubuhan Malaysia yang mana Sabah dan Sarawak sama taraf dengan Singapura dan Malaya dan tidak boleh disamakan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung?

"Apakah Pairin sekarang mengikut telunjuk UMNO sahaja sehingga beliau tidak lagi mahu rakyat tahu tentang fakta begini?," tanya Julian yang kesal dengan serangan peribadi Pairin terhadap adiknya sendiri.

Kalau sekarang Pairin nampak bendera Parti Reformasi Negeri (STAR) berkibar di sekitar majlis UBF, ini adalah hak rakyat yang menyokong STAR dan juga menyokong perjuangan UBF dan Dr Jeffrey.

"Yang sebenarnya, kita tidak juga melarang apa-apa bendera yang menyokong kepada UBF secara jujur dan sukarela," tegas Julian.

Kalau ada penyokong PBS turut serta mendukung UBF, kata Julian, beliau pasti Dr Jeffrey dan orang-orangnya tidak akan menghalang ahli-ahli PBS itu mengusung banyak bendera PBS ke majlis UBF; malah beliau mengalu-alukannya.

"Tetapi adakah Pairin akan membenarkannya atau membebel seperti hari itu jika dia nampak bendera PBS di majlis UBF?," usik Julian dengan nada sinis.

Julian menegaskan, beliau akui memang ada juga mereka yang datang memakai baju dan topi PBS atau BN ke majlis-majlis UBF dan ini adalah perkara biasa. Mungkinkah Pairin mula merasa takut melihat sokongan rakyat jelata termasuk dari PBS sudah mulai berpindah ke STAR?

"Atau adakah Pairin sekarang ini cuba menakutkan pemimpin kampung supaya balai raya tidak boleh digunakan oleh UBF sebuah NGO dari Sabah yang diterajui oleh pejuang keadilan untuk Sabah?," tanya Julian yang juga Mantan Naib Ketua Pemuda PKR Keningau.

6 comments:

  1. Pairin as the people elected Huguan Siou must not let the people down, many of the villagers still put their hopes on him.

    ReplyDelete
  2. The leaders only need to do their best and the people will do the rest. In the next General Election, the people will cast their vote.

    ReplyDelete
  3. jeffrey dilihat pun sering lompat parti, pasti orang akan ragui perjuangannya.

    ReplyDelete
  4. Apa yang Pairin katakan mungkin ada benarnya. Kerana mereka lebih rapat dahulu berbanding dengan pihak lain.

    ReplyDelete
  5. tanpa perlu Pairin mempersoalkan perjuangan Jeffrey pun, tetap akan timbul syak wasangka dikalangan rakyat terhadap Jeffrey.. kenapa perlu JK bawa parti dari luar?? tidak adakah parti tempatan di negeri ini yang boleh dijadikan platform untuk mencapai agenda borneo STAR??

    ReplyDelete
  6. Is it necessary for Julian to speak up for JK?

    ReplyDelete