Monday 27 February 2012

BEKUKAN SEMUA ASET NFC



Oleh : SYED MU’AZ SYED PUTRA

KETUA Publisiti DAP, Tony Pua menggesa Putrajaya dengan segera membekukan semua aset Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) sama ada di Malaysia atau luar negara.

Menurut Pua, tindakan itu dapat memastikan dana awam yang belum digunakan tidak disalahguna untuk kepentingan peribadi.

Tambah beliau, ia juga sebagai langkah susulan selepas semalam polis mengesyorkan kepada Peguam Negara supaya pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah.

“NFC telah melanggar syarat-syarat perjanjian dengan menggunakan dana untuk tujuan lain. Ia terbukti bahawa pengarah-pengarah NFC menggunakan wang dari dana pinjaman itu untuk membeli hartanah di Kuala Lumpur dan Singapura.

“Ekoran pengesahan polis bahawa pindahan aset secara tidak sah merupakan jenayah pecah amanah, justeru kami menyeru polis membekukan pindahan atau jualan aset yang dimiliki Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan lembaga pengarah NFCorp,” kata Pua dalam satu kenyataan.

Jelas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini, pembekuan aset itu perlu dilakukan serta-merta memandangkan kesemua aset itu terletak di bawah nama pengarah NFCorp.

“Kebanyakan aset sama ada secara langsung atau tidak secara langsung dibuat di bawah nama pengarah NFC. Ini termasuk aset di Malaysia dan Singapura, serta syarikat-syarikat di Singapura seperti MeatWorks (Singapura) Pte Ltd.

“Untuk memastikan aset-aset ini tidak dihapuskan melalui perbelanjaan daripada pinjaman mudah RM250 juta, polis mesti memulakan tindakan ke atas semua aset dan membekukan semua aset NFC,” katanya.

Polis memohon Peguam Negara supaya pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain.

“Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah,” kata Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan NFC.

NFC mula menjadi topik hangat setelah syarikat itu tersenarai dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.

Shahrizat tetap menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan projek berkenaan.

Sejak itu, PKR mula membuat pendedahan berterusan terhadap skandal NFC, termasuk tuduhan penyalahgunaan dana kerajaan jutaan ringgit untuk pembelian tanah, hartanah, dan perbelanjaan tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut.

Namun demikian, baru-baru ini berhubung dakwaan pembelian dua unit kondominium bernilai RM34 juta di Singapura, di kawasan Marina Bay Suites, anak Shahrizat, Wan Shahinur Izmir menjelaskan syarikat berkenaan telah membuat keputusan untuk menggunakan wang tersebut dalam pelaburan hartanah ketika berehat daripada aktiviti perniagaan.

Penangguhan berkenaan jelas Wan Shahinur Izmir, adalah disebabkan siasatan yang dijalankan kerajaan ke atas NFCorp.

12 comments:

  1. This would be a good step so that these assets are not liquidated.

    ReplyDelete
  2. Hopefully the government will take the necessary steps in accordance to these recent developments pertaining this scandal

    ReplyDelete
  3. jika perlu ia akan dibekukan juga.

    ReplyDelete
  4. Maybe freezing their assets is the best way while the case is being solved.

    ReplyDelete
  5. Hopefully the case will be resolved as soon as possible, better before the next general election is held.

    ReplyDelete
  6. 'Shahrizat tetap menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan projek berkenaan.'

    sebaiknya projek2 seumpama ini tidak diberikan kepada saudara mara atau ahli keluarga menteri.

    ReplyDelete
  7. pembangkang tidak akan habis2 untuk mendesak kerajaan untuk mengenakan apa2 tindakan dan tekanan terhadap NFC, Sahrizat dan keluarganya.

    ReplyDelete
  8. tidak perlulah Tony Pua membuat gesaan itu.. pihak polis dan peguam negara lebih tahu apa yang perlu dilakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak perlu mengarah apa pihak SPRM sepatutnya buat.

      Delete
  9. bagi memudahkan urusan sememangnya bekukan aset adalah jalan yang terbaik buat masa sekarang untuk NFC.

    ReplyDelete
  10. To be fair, freeze their assets.

    ReplyDelete
  11. Halo semuanya,

    Apakah Anda secara finansial diperas?
    Apakah Anda mencari dana untuk melunasi kredit dan utang?
    Apakah Anda mencari pembiayaan untuk menyiapkan Bisnis Anda sendiri?
    Apakah Anda membutuhkan pribadi atau Kredit Usaha untuk berbagai keperluan?
    Apakah Anda mencari pinjaman untuk melaksanakan Proyek Besar?
    Mengamankan pinjaman dari perusahaan nomor satu pinjaman menyediakan benar ini hari ini dan mulai dengan sesuatu yang bermanfaat.
    transaksi mereka 100% dijamin karena mereka juga memastikan hubungan baik dengan semua klien.
    Mereka menawarkan Kredit tanpa Cek kredit, ada jaminan, langkah mudah, dana cepat dan tingkat bunga rendah dari 2%.
    Mengapa tetap dalam rincian keuangan?
    Membebaskan diri dari kemiskinan saat ini, KATHLEEN FOSTER LOAN FIRM adalah satu-satunya perusahaan yang mampu untuk membantu saya mendapatkan pinjaman dan sekarang saya telah berhasil memulai bisnis dari sendiri untuk membantu mengurus keluarga saya.

    Mendapatkan pinjaman pelanggan Anda hari ini melalui email: kathleenfosterloanfirm@gmail.com

    Di sini juga adalah email pribadi saya hanya dalam kasus Anda perlu beberapa pedoman: amaliafauzi73@gmail.com

    Saya akan mengharapkan balasan mendesak Anda.
    Terima kasih!
    Ibu AMALIA FAUZI

    ReplyDelete