MENGADU..... Penduduk mengadu masalah bekalan air kepada Sanusi sambil diperhatikan oleh Thomas Chong.
SEKALIPUN rungutan dan aduan telah diluahkan kepada pelbagai pihak, namun ternyata dua minggu tanpa bekalan air bersih bagi penduduk di Batu 58, Beaufort sungguh memeritkan.
"Kami terpaksa jadi kambing selama dua minggu," kata seorang balu dalam nada berseloroh tetapi sinis berhubung terputusnya bekalan air sehingga menyebabkan beliau sukar untuk melakukan urusan harian, termasuk memasak dan mencuci.
Balu tersebut yang meminta namanya dirahsiakan, tinggal dengan ibunya yang uzur meminta kerajaan dan pemimpin masyarakat agar segera bertindak mengatasi masalah yang membebankan itu.
Masalah ini dikatakan berpunca dari kerosakan pam air yang sering berlaku dan menjadi punca beberapa kawasan mengalami gangguan bekalan.
Jawatankuasa Parti Maju Sabah (SAPP) yang diketuai oleh Naib Pengerusinya Sanusi Hj Taripin melakukan lawatan ke kawasan tersebut sebaik menerima aduan amat terkejut kerana lokasi kampung tersebut hanya beberapa meter daripada loji penapis air bagi Daerah Beaufort.
“Adalah sesuatu yang sukar diterima apabila melihat loji tapisan dan pam air dapat dilihat tidak jauh dari kampung ini, tetapi penduduk pula tiada bekalan.”
Beliau bersama Pengerusi CLC, Thomas Chong dan Ketua Pemuda CLC Ramlan Sajap melahirkan kekesalan apabila diberitahu, jabatan berkenaan hanya menghantar bantuan air sekali sahaja pada Khamis minggu lalu, bermakna masalah itu sudah diketahui.
“Sikap sambil lewa pemimpin tempatan dan jabatan berkenaan amat dikesali, sepatutnya bantuan bekalan air yang diangkut menggunakan lori boleh dibuat memandangkan Jabatan dan wakil rakyat berkenaan mempunyai peruntukan kontigensi untuk berbuat demikian," kata Sajap lagi yang kesal kerana ADUN dan Ahli Parlimen seolah-olah tidak mempedulikan mereka.
Tambah beliau lagi, ia bertentangan dengan slogan kerajaan yang dikatakan mendahulukan rakyat tetapi gagal memberikan kemudahan asas seperti bekalan air.
Water is essential for day to day use of the people.
ReplyDeleteHopefully there will be a proper actions be taken to address this matter by the proper authority.
ReplyDeletekerosakan pam air harus diperbaiki dengan segera bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air secukupnya.
ReplyDeletemasalah bekalan air ini kena diselesaikan, jgn biarkan penduduk hidup tnpa bekalan air.
ReplyDeletekenapa SAPP tidak berjumpa terus dengan pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan dan penyelesaian?? fahami dulu kesulitan disebelah pihak sebelum menuding jari..
ReplyDeletememandangkan negeri ini sering menghadapi masalah gangguan air, ada baiknya jika kerajaan melalui wakil rakyat memperuntukkan sebuah tangki untuk setiap rumah..
ReplyDeletePeruntukan tangki setiap rumah memang patut untuk masalah gangguan air.
DeleteMasalah kerosakkan ini perlu diatasi secepat mungkin bagi memastikan penduduk dapat bekalan air bersih.
ReplyDeleteFind out what is the root of problem and solve it, not find who to be blamed.
ReplyDelete